Home » Katrina wanita paling seksi di Asia

Katrina wanita paling seksi di Asia


Artis Bollywood, Katrina Kaif dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi Asia oleh sebuah majalah berprestij United Kingdom, Eastern Eye. Ia merupakan penghargaan kali kedua buat pelakon De Dana Dan itu dengan mengalahkan 50 wanita profesional lain yang turut tercalon.

“Juri terpikat dengan pakej yang ada pada diri saya. Persaingan sangat sengit kerana kebanyakan calon terdiri daripada bekas ratu cantik, model, bintang pop dan pelakon untuk merebut gelaran itu,” katanya.

Keputusan penuh 50 Wanita Terseksi Asia Eastern Eye ialah Katrina Kaif, Priyanka Chopra, Freida Pinto, Laila Rouass, Kareena Kapoor, Bipasha Basu, Lara Dutta, Aishwarya Bachchan, Mehwish Hayat dan Deepika Padukone.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom