Home » » Sayur Untuk Tulang

Sayur Untuk Tulang

TULANG yang rapuh tidak menimbulkan masalah, tetapi apabila ia retak atau patah, banyak perkara buruk akan menyusul. Osteoporosis mampu memberi risiko kepada kesihatan tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul dan tulang-tulang lain.
Jika sudah teruk, batuk atau mengangkat beg berat pun boleh mengakibatkan keretakan pada tulang yang mengalami osteoporosis. Pergelangan tangan yang patah menyukarkan urusan harian, manakala keretakan tulang pinggul atau tulang belakang pula boleh menyebabkan seseorang berada di atas kerusi roda.

Osteoporosis sering dirujuk sebagai 'penyakit senyap kerana seseorang tidak menyedari dirinya memiliki tulang yang rapuh, sehinggalah ia patah.

Fasa terbaik untuk memantap dan menebalkan tulang adalah ketika zaman kanak-kanak kerana kadar pertumbuhan tulang yang sedang memuncak.

Selain mengambil cukup keperluan kalsium daripada makanan tambahan dan makanan berkalsium tinggi seperti susu, produk tenusu, sayuran hijau dan tulang ikan, seseorang perlu rajin bersenam untuk merangsang pertumbuhan tulang.

Dedahkan diri dengan cahaya matahari yang cukup setiap hari dan bekalkan tubuh dengan vitamin D. Pada masa yang sama, elakkan merokok, kafein dan minuman beralkohol.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom