Home » » Risiko garam berlebihan

Risiko garam berlebihan

TANPA disedari, kita mungkin mengambil garam pada kadar agak tinggi setiap hari.

Risikonya pasti ada kerana pengambilan garam yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah sekali gus meningkatkan risiko terkena serangan angin ahmar dan penyakit jantung.

Kadar garam yang tinggi dalam tubuh juga dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti osteoporosis, barah perut, asma dan batu karang.

Kanak-kanak juga terdedah risiko kesihatan terutama jika mereka mengambil makanan proses yang banyak mengandungi garam.

Cara mudah berikut boleh diikuti untuk mengurangkan pengambilan garam seharian:

- Gunakan herba dan rempah ratus berbanding garam
- Memasak juga perlukan kreativiti misalnya gunakan bawang putih, jus lemon atau cuka untuk meningkatkan rasa makanan
- Kentang goreng dan kekacang harus dikurangkan kerana kandungan garamnya yang agak tinggi
- Penggunaan sos juga harus dikurangkan, misalnya sos soya atau sos tomato
- Pilihlah mentega atau marjerin yang tidak bergaram
- Elakkan makanan segera kerana kandungan garamnya yang tinggi
- Jika ada yang berkata garam lautan lebih baik, jangan mudah terpedaya. Meskipun ada kandungan galian dalam garam lautan, ia mempunyai kandungan sodium sama dengan garam biasa
- Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana meningkatkan makanan yang kaya dengan potassium membantu mengurangkan kadar sodium dalam tubuh



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bagus artikel ni

Catat Ulasan

 
Chatroom