Terima kasih atas keperihatinan anda. Kebetulan saya baru sahaja membaca artikel mengenai perkara ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ulama tersohor masa kini dalam laman Islam on line net., menyatakan, menderma darah adalah satu sedekah yang paling tinggi nilainya. Seseorang yang sedang sakit, memerlukan darah dan jika anda menderma kepadanya, ia merupakan satu amalan menyelamatkan kehidupan seseorang itu. Ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.
Islam memandang manusia itu sejenis makhluk yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan haiwan pun besar pahalanya, apatah lagi menyelamatkan nyawa seorang insan yang dimuliakan Allah itu.
Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri, sudah tentu ganjaran Allah berganda kerana ada hadis yang mahukan dipererat hubungan keluarga dan menghubungkan silaturahim itu. Demikian juga jiran, rakan dan sebagainya. Malah menderma darah kepada orang yang berseteru pun baik supaya menjadi rapat kembali selepas berseteru.
Akademi Fekah Islam, Mekah juga memfatwakan bahawa, menderma darah atau organ anggota kepada orang yang memerlukan darah atau anggota lain, satu amalan baik. Malah al-Qaradhawi pernah menyeru umat Islam di Amerika supaya menderma darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11 September 2001 dahulu. Justeru ini termasuk amalan yang baik kepada sesama manusia.
Dalm hal ini tidak ada beza antara sedekah kepada orang Islam dan bukan Islam.
Perkara ini bolehlah dibandingkan dengan menyelamatkan orang yang sedang lemas, wajib mereka diselamatkan. Ketika itu kita tidak perlu memilih adakah si lemas itu seorang muslim atau tidak. Jika binatang pun kita perlu selamatkan, inikan pula manusia. Ia termasuk dalam perintah Tuhan “Bekerjasamalah kamu dalam urusan kebaikan dan takwa dan jangan bekerjasama dalam perkara perseteruan”.
Darurat
Mungkin ada mereka yang bertanya, apa hukumnya pula orang yang liat untuk menderma darah? Jawabnya, oleh kerana perkara menderma darah ini hukumnya “harus” maka yang menderma akan dapat pahala besar, sementara yang tidak ingin menderma darah mereka, terhalanglah daripada mendapat ganjaran yang besar itu.
Dalam keadaan luar biasa, umpamanya darurat, menderma darah merupakan fardhu kifayah. Namun jika kerana menderma darah itu boleh membawa bahaya kepada seseorang penderma, tidaklah perlu mereka menderma darah.
Usaha tahunan seperti hari menderma darah patutlah diteruskan. Orang ramai perlu memberi respons positif dalam hal seperti ini. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk melakukan perkara baik. Apatah lagi ia mungkin membawa kebaikan daripada segi kesihatan kepada individu tertentu. Dari segi hukum ia bertepatan dengan “maqasid/ tujuan syariat” untuk memelihara jiwa yang ada dalam hukum Islam.
Jika kita perlu membantu orang lain dengan sesuap makanan atau seteguk air pada hari kebuluran, orang yang sedang sakit memerlukan titik-titik darah untuk menyambung hayat mereka.
Apa yang lebih penting lagi, tanpa mengira muslim dan bukan muslim pendermaan darah ini boleh mempereratkan hubungan di antara satu sama lain. Justeru itu darah tidak boleh dijual. Jika dijual maka yang mengambil bayaran dikira berdosa.
Berdasarkan keperluan pesakit pada darah, jika semua orang tidak mahu menderma darah, maka pihak berwajib boleh mengadakan peraturan mewajibkan pendermaan dengan syarat tertentu, bagi mereka yang ada keupayaan. Ini sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Mesir dengan syarat ada kelulusan pakar yang adil dalam perkara tersebut.
Justeru itu, sesiapa yang tidak ingin menderma darah bererti menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran besar di sisi agama. Islam juga tidak mengira kebajikan seumpama ini untuk orang Islam mahu pun bukan Islam. Malah jika tidak ada mereka yang ingin menderma darah terutama pada waktu darurat pihak berkuasa boleh memaksa, walau pun dalam keadaan biasa ia merupakan urusan yang diharuskan sahaja. Marilah bersama-sama kita menderma darah. Setitik darah yang anda dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti. Wallahualam.
Bagi mereka yang ingin membaca artikel lepas, sila layari, mindamuslim.com. KAMIL MAJID.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan