Home » » Pengambilan Suplemen Makanan

Pengambilan Suplemen Makanan

Oleh: DR. RAJBANS SINGH

MAKANAN adalah bahan untuk hidup yang asas tetapi kini tiada lagi bahan makanan mentah yang penuh nutrien dan lengkap.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita beli hari ini dan dikatakan segar mempunyai nilai pemakanan yang sedikit kerana ia ditanam di tanah yang kekurangan nutrien, dipetik sebelum ia masak semula jadi, dirawat mengguna gas, dirawat mengguna radiasi, tidak masak secara semula jadi dan disimpan selama berhari-hari sebelum kita memakannya.

Oleh itu, diet kita kekurangan blok-blok pembinaan yang penting bagi makanan fungsian yang penting kepada kesihatan dan kesejahteraan kita.

Tanpa makanan fungsian, tubuh tidak boleh meneruskan keajaibannya untuk sembuh sendiri kerana makanan ini memberi bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membantu dalam proses penyembuhan ini sekali gus, memberi bahan bakar kepada tubuh untuk melakukannya di tahap optimum.

Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari, anda harus memakan:

* 6-11 sajian roti, bijirin, nasi dan pasta lain

* 3-5 sajian sayur-sayuran

* 2-4 sajian buah-buahan

* 2-3 sajian jika susu, yogurt dan keju

* 2-3 sajian daging, ayam itik, ikan, kacang kering, telur atau kacang

* lemak, minyak dan gula-gula secara sederhana

Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guarantee dan pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi tiga masalah.

Pertama adalah sukar untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet, kedua, jumlah yang diperlukan (seperti vitamin E) untuk perlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa; dan ketiga, sesetengah nutrien (minyak daripada ikan air sejuk) bukan yang utama dalam diet biasa kita.

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya diperlukan.

Suplemen dietari terdiri daripada vitamin, mineral, serat, asid amino, herba, atau hormon. Suplemen terdapat dalam bentuk pil, kapsul, tepung, gel lembut, ekstrak atau cecair. Kadang-kadang anda juga boleh melihatnya dimasukkan ke dalam air atau snek pemberi tenaga.

Tetapi bagaimana anda mengetahui apa yang harus diambil?

Dr. Miller mengesyorkan bahawa minimum untuk seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral dan protein. Kemudian, berasaskan keperluan dan gaya hidup anda, tambah vitamin C, B kompleks dan vitamin E.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus diingat apabila memilih suplemen:

Berbincang dengan doktor atau penjaga kesihatan anda jika anda:

* Memikirkan untuk mengganti penjagaan perubatan anda yang biasa dengan satu atau lebih suplemen

* Sedang mengambil ubat-ubatan (sama ada preskripsi atau dibeli dari kaunter). Sesetengah suplemen didapati bertindak balas dengan ubat-ubatan

* Mempunyai keadaan perubatan yang kronik

* Sedang merancang untuk melakukan pembedahan. Suplemen tertentu boleh meningkatkan risiko pendarahan atau menjejaskan anestetik dan ubat penghilang kesakitan

* Sedang hamil atau menyusukan bayi

* Sedang berfikir-fikir tentang memberi suplemen kepada kanak-kanak. Banyak produk dipasarkan untuk kanak-kanak belum diuji untuk keselamatan dan keberkesanan mereka di kalangan kanak- kanak

* Jangan ambil dos suplemen yang lebih tinggi daripada apa yang disenaraikan pada label, kecuali doktor menasihatkan anda berbuat demikian

* Jika anda mengalami sebarang kesan sampingan yang membimbangkan anda, berhenti mengambil suplemen tersebut, dan hubungi doktor anda.

Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara sihat.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom