Home » » Kaitan susu soya dan kanser

Kaitan susu soya dan kanser

Doktor,
Saya tidak boleh minum teh, kopi atau susu kerana saya menghadapi masalah angin di perut apabila meminum minuman tersebut.

Kemudian saya beralih ke susu soya untuk sumber kalsium. Saya serasi dengan susu soya. Perut saya tidak meragam apabila minum susu soya.

Saya minum susu soya satu kali pada setiap pagi sejak setahun yang lalu. Bagaimanapun, baru-baru ini saya menerima e-mel daripada kakak saya yang menyatakan kita boleh mendapat pelbagai jenis kanser jika kita minum susu soya secara berlebihan.

Adakah kenyataan itu benar? Tetapi setahu saya, susu soya elok untuk mengelakkan penyakit jantung dan elok untuk merendahkan tahap kolestrol badan.

Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkan pemakanan sayur (vegetarian)? Mereka bergantung kepada susu soya untuk diet harian mereka. Adakah mereka berisiko menghidapi kanser?

– MAS, PETALING JAYA

Jawapan:
Saya telah menerima beberapa e-mel serupa yang mengaitkan produk soya dengan kanser tertentu.

Produk kacang soya sememangnya mengandungi bermacam jenis phytohormon yang belum lagi dikaji sepenuhnya fungsi dan tindakannya.

Dakwaan yang mengaitkan kanser dengan kacang soya bagaimanapun mungkin hanya khabar angin dan ketepatan maklumat yang disampaikan agak sukar ditentukan.

Namun, jika anda mengambil susu soya sebagai sumber protein, anda juga boleh menimbangkan sumber protein lain seperti produk vegetarian lain yang juga kaya dengan protein seperti dhal, sayur-sayuran dan pelbagai jenis kekacang.

Jika anda mengambil susu soya sebagai suplemen kalsium, maka anda patut menimbangkan pelbagai jenis daging dan juga sayur-sayuran untuk sumber kalsium.

Walaupun teori kanser di kalangan pengamal minuman susu soya belum lagi dibuktikan, amalan meminum susu soya sekali-sekala mungkin adalah selamat.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom