Home » » Genetik tak normal meningkat

Genetik tak normal meningkat

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Siti Hamidah Mohd Setapar, mengakui gejala ditunjukkan itu bukanlah seratus peratus berpunca daripada pemakanan tapi turut disumbangkan pengaruh lain termasuk persekitaran.

Jelasnya, pondan, tomboy serta gay memang wujud sejak lama dulu walaupun tidak ramai dan ia boleh berlaku disebabkan ketidaknormalan genetik.

Bagaimanapun, dulu bilangan lelaki bertingkah laku seperti wanita dan sebaliknya, tidaklah ramai bilangannya mungkin satu dalam sejuta tapi kini bilangannya mungkin menjadi satu dalam 100,000.

"Kesemua itu berpunca daripada hormon. Jika seorang wanita tidak menjaga pemakanannya, ia akan mengganggu kestabilan hormon tubuh dan mungkin mampu mendatangkan risiko pada anak dalam kandungan. Oleh itu, sekarang ini makin ramai yang mempunyai krisis jantina disebabkan berlakunya ketidakseimbangan kromosom sejak daripada ketika jantina terbentuk di dalam kandungan.

"Malahan, apabila lahir, kita didedahkan dengan banyak bahan kimia, hormon dalam makanan kita, air yang berfluoride dan berklorin, pasti akan semakin mengganggu kestabilan hormon tubuh dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah semakin ramai lelaki yang lembut dan wanita yang keras.

"Memang tubuh kita mempunyai mekanisme istimewa yang boleh meneutralkan toksik dan bahan kimia yang tidak baik, tetapi sekiranya kita mengambil makanan mengandungi bahan kimia seperti perasa dan pewarna tiruan secara berterusan dan berlebihan, sampai satu ketikanya tubuh kita tidak lagi mampu meneutralkannya secara berkesan. Ketika inilah akan berlaku gangguan terhadap keseimbangan tubuh badan kita termasuklah gangguan kepada sistem hormon," katanya turut menjelaskan pengambilan makanan mengandungi hormon tiruan menyebabkan obesiti, tekanan, angin ahmar dan sakit jantung.

Begitu juga dengan perubahan tingkah laku kanak-kanak dan remaja yang dikatakan lebih agresif berbanding dulu dan Dr Siti Hamidah mengaitkannya dengan pemakanan makanan ringan, minuman dan gulagula mengandungi fruktose (gula sintetik) serta makanan segera.

"Semua itu mengandungi bahan kimia tidak baik untuk badan yang akhirnya mengganggu perlakuan dan perkembangan positif kanakkanak," katanya.

Jelasnya, proses pembentukan manusia berlaku daripada hasil gabungan kromosom iaitu unit asas dalam DNA (asid deoxyribonucleic).

"Bagi memastikan sel tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik, ia memerlukan nutrien, vitamin juga air secukupnya," katanya.

Dr Siti Hamidah berkata, beliau melihat wujudnya dua situasi yang menyokong kaitan ketidakseimbangan hormon dengan amalan pemakanan generasi sekarang.

"Pertama, mungkin kita tidak mengambil cukup makanan yang mengandungi vitamin dan nutrien berasaskan sumber asli. Kalau cukup pun, tapi dalam masa yang sama mengambil makanan terproses dan berperisa tiruan secara berlebihan dan berterusan, lama-kelamaan ia boleh menjadi toksin sehingga mengganggu proses sintesis semula jadi tubuh.

"Kesannya, toksin tidak boleh di urai dan menyaluti sel menyebabkan ia rosak sekali gus menghalang nutrien daripada menyerap, menjadikan sistem badan rosak dan hormon juga terjejas," katanya.

Tambahnya lagi, sistem dalam tubuh saling berkait dan hormon dirembes pula penting kerana ia berfungsi mengatur sistem tubuh dengan menyampaikan maklumat dan isyarat di antara sel.

Katanya, adrenalin antara kelenjar penting yang menjaga sistem badan dan apabila ia bercelaru, hormon kortisol akan dirembeskan menandakan sistem badan terganggu.

"Maklumat `ditunjukkan' hormon kortisol itulah yang menunjukkan jika tubuh mengalami tekanan, keliru dan sebagainya lalu terpamer melalui penyakit moden seperti strok, obesiti, penyakit jantung, keliru jantina dan perubahan tingkah laku.

Beliau mengakui melihat wujudnya saling kaitan antara faktor pemakanan dan persekitaran sehingga mengganggu proses dalaman manusia.

"Justeru, bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat, peranan perlu diambil kerajaan dalam mengubah tabiat pemakanan orang ramai termasuk mengurangkan iklan makanan segera dan menambah tayangan iklan bermaklumat di media massa.

"Peranan ahli akademik juga penting dan kami di UTM juga tidak pernah berputus asa mencari kaedah menangani masalah ini termasuk menjalankan kajian bagi menghasilkan makanan serta sumber ternakan bermutu," katanya.

Dr Siti Hamidah juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu bergantung maklumat pemakanan dari Barat kerana berdasarkan kajian, sumber asli tempatan sememangnya sesuai untuk tubuh orang tempatan.

"Badan memproses makanan ikut geografi jadi jika Barat menyatakan soya itu berkhasiat, jadi mungkin ia tidak. Cuba ubah pemakanan seperti mengamalkan makanan, sayuran dan buahbuahan tempatan, saya yakin ia lebih mudah disesuaikan dengan tubuh kita," katanya.



 
Chatroom