Home » » Tip Anak Makan Hidangan Menyihatkan

Tip Anak Makan Hidangan Menyihatkan

Tip diperlukan bagi memastikan anak mengambil hidangan menyihatkan termasuk:

* Masak dan hidang makanan yang sesuai dengan cara betul.

Ibu perlu memerhatikan minat anak terhadap cara penyediaan makanan dan sediakan hidangan serta-merta. Cara memasak seperti merebus, membakar dan menumis adalah baik untuk kesihatan tetapi jauhi daripada menggoreng hidangan berkenaan.

* Gunakan kreativiti agar ia lebih menyeronokkan.

Jika anak anda menolak makanannya, cuba memasak menggunakan cara berlainan. Tambahkan pelbagai warna ke dalam makanannya dan perkenalkan bentuk menarik bagi hidangan berkenaan.

* Tawarkan hidangan berkenaan sedikit demi sedikit.

Jangan mengisi keseluruhan pinggan, sebaliknya hidangkan kepada mereka sedikit demi sedikit kerana ia boleh menggalakkan anak meminta lebih banyak lagi hidangan itu.

* Hidangan disediakan berdasarkan kualiti bukan kuantiti.

Hidangkan makanan berkhasiat kepada anak seperti pasta dengan menambah brokoli, kentang, keju, telur, daging ayam, ikan, kacang buncis dan bahan lain yang menyihatkan.



 
Chatroom