Home » » Masalah Jika Buah Dada Terlalu Besar Bagi Wanita

Masalah Jika Buah Dada Terlalu Besar Bagi Wanita

Masalah pembesaran buah dada berlebihan boleh mengakibatkan ketidakselesaan kepada wanita. Bahkan, mereka juga cenderung untuk mengalami masalah berikut:

* Masalah sakit belakang, leher dan bahu yang kronik.

* Keadaan kesihatan seperti artritis, fibromyalgia dan masalah tulang belakang.

* Sakit kepala atau migrain.

* Kedudukan tubuh yang lemah.

* Sesak nafas.

* Jangkitan bakteria dan ruam di bawah atau di antara buah dada.

* Kekenduran buah dada.

* Tanda di bahagian tali baju dalam dan boleh menyebabkan kulit melecet.

* Masalah tidur yang tidak selesa.

* Kebas atau mencucuk.

* Membataskan pergerakan aktiviti atau bersenam.

Pakar Sakit Puan dan Kecantikan Klinik Dr Alice, Dr Alice Prethima berkata walaupun ramai yang melihat memiliki payudara besar adalah seksi dan mampu menarik perhatian, tetapi di sebalik andaian itu sebenarnya membawa kesukaran buat mereka yang dianugerahkan dengan saiz idaman seperti yang didakwa.

Masalah Buah Dada Besar

"Memiliki payudara yang besar memang tidak dinafikan menjadi tumpuan ramai terutama lelaki. Tapi di sebalik nikmat pandangan itu, sebenarnya tersirat pelbagai masalah antaranya sakit belakang dan leher yang teruk dan juga kesukaran untuk melakukan aktiviti jasmani.

"Masalah kebesaran buah dada juga boleh menyebabkan individu itu mengalami masalah keyakinan diri. Bahkan ia membuatkan mereka segan melakukan aktiviti sosial dan dalam soal pemilihan baju dalam wanita ini juga perlu lebih terperinci dalam soal pemilihan baju dalam memandangkan jika tersilap, ia boleh mengakibatkan luka pada kulit bahu.

"Jika pembesaran payudara berlaku di awal usia kanak-kanak, ia juga boleh menyebabkan anak gadis menjadi tidak selesa terhadap perubahan fizikal itu hingga menyebabkan mereka membongkok atau enggan bermain dengan rakan sebaya kerana takut diusik, " jelasnya.



 
Chatroom