Home » » ReFa Pro Platinium Electronic Roller langsingkan wajah dan tubuh

ReFa Pro Platinium Electronic Roller langsingkan wajah dan tubuh

Jika ingin mencapai keseimbangan luaran dan dalaman,kesejahteraan dari aspek kesihatan dan kecantikan perlu diberikan keutamaan kerana kedua-duanya saling berkait.

Menerusi amalan yang betul, kedua-dua aspek itu juga dapat melahirkan individu yang sihat ceria disamping penampilan menarik walaupun usia semakin meningkat.

Bagaimanapun,keadaan rutin harian yang memerlukan tumpuan boleh menyebabkan tekanan dan kekurangan masa untuk membelai diri. Hasilnya, tekanan dan ekspresi seperti kedutan dahi, bibir dan mata menjadikan wajah kelihatan kurang bermaya walaupun di sapu dengan solekan tebal. Tubuh yang di biarkan kelesuan akibat aktiviti harian juga menjadikan seseorang kelihatan tidak bermaya.

Justeru, bagi mengembalikan keceriaan wajah,tekanan lembut menerusi teknik urutan boleh mengurangkan ketegangan dan membolehkan otot muka kembali ke tempat asal dengan mudah.

Menerusi amalan berterusan, kulit wajah akan lebih tenang dan kelihatan lebih muda. Urutan akan menggalakkan pengaliran darah pada bahagian muka, sekali gus membuatkan kulit sihat berseri.

Memahami keinginan wanita yang mahukan wajah menawan tanpa garis penuaan, Fusion Cosmetic hadir dengan mesin urut ReFa Pro Platinium Electronic Roller, yang direka khas untuk memberikan tekanan lembut terhadap wajah dan tubuh bagi mengembalikan seri wajah yang keletihan sekali gus menghilangkan kedutan yang tidak diingini.


Mesin yang berbentuk V itu membantu mengembalikan bentuk wajah idaman dalam setiap urutan yang dilakukan terhadap kulit sekali gus merangsang metobolisma dan menegangkan struktur kulit kendur dan menghilangkan garis halus dalam tempoh 10 minit.

Mesin urut ajaib itu juga berkesan untuk mengembalikan bentuk tubuh idaman dalam masa singkat sepanjang penggunaan selama dua minggu. ReFa Pro Platinium Electronic Roller boleh didapati di Robinsons, The Gardens dan Sephora dengan harga RM1,200.



 
Chatroom