Home » » Yoga udara antigraviti trend senaman terbaru

Yoga udara antigraviti trend senaman terbaru

Teknik yoga antigraviti semakin digemari orang ramai sekali gus merupakan trend senaman terbaharu di AS.

Yoga udara dipraktikkan dengan menggunakan buaian sutera sebagai sokongan lembut pada badan sekali gus membolehkan pengamalnya melakukan pelbagai gerakan sukar seperti tergantung di udara dalam keadaan terbalik.

Yoga Udara

Ramai pengamal senaman itu memberitahu badan mereka terasa lebih ringan semasa melakukan gerakan tersebut dan ia dapat membantu mengurangkan tekanan pada sendi-sendi badan.

Senaman antigraviti itu diasaskan oleh seorang pereka tari teater Broadway yang juga pakar gimnastik Christopher Harrison pada 1999. - Agensi



 
Chatroom