Home » » Coca-Cola bukan punca warga Amerika obes dan gemuk

Coca-Cola bukan punca warga Amerika obes dan gemuk

Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola, Muhtar Kent menegaskan syarikatnya tidak bertanggungjawab dalam kenaikan obesiti di Amerika Syarikat, walaupun Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, baru-baru ini memulakan langkah mengurangkan pengambilan minuman bergula.

“Ia satu isu sosial yang penting dan rumit dan kita harus bekerjasama untuk mendapatkan penyelesaian,” kata Kent kepada Wall Street Journal.

“Kerana itu kami bekerjasama dengan kerajaan, perniagaan dan masyarakat untuk program kehidupan aktif di setiap negara di mana syarikat kami berada menjelang 2015,” katanya.

Kenyataannya itu dikeluarkan beberapa minggu selepas Bloomberg, seorang yang pentingkan kesihatan, mencadangkan minuman ringan saiz “super” diharamkan yang akan mengehadkan jualan minuman 16 auns, iaitu lebih daripada tin biasa tetapi lebih sedikit daripada saiz “bucket” yang biasanya dijual di panggung wayang, stesen perkhidmatan dan ketika acara sukan.

Kent berkata, produk Coca-Cola telah dipelbagaikan dan menawar pelbagai jenis teh sihat, jus dan minuman sukan serta produk lain. - AFP



 
Chatroom