Sinopsis drama Janji Jujur Sepi, Skrin Di 9
Janji Jujur Sepi mengisahkan percintaan romantis di antara Andy dan Dhea selepas tujuh bulan memendam perasaan.
Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi semata-mata untuk melihat Dhea dan cuba mengenali gadis istimewa ini. Namun, sikap gentar Andy membataskannya untuk mendekatkan diri dengan Dhea. Akhirnya setelah tujuh bulan menanti, Andy berpeluang bercakap dengan Dhea, itupun insiden lucu berlaku kepada Dhea.
Bermula kisah 'comel' antara Andy dan Dhea. Masa diluangkan bersama juga kini bukan hanya di LRT, tapi juga kedai buku tempat Dhea bekerja dan kedai kopi. Tak perlu makan malam romantik, tak perlu wayang 'midnight', yang penting adalah berbual mengenai apa saja.
Namun hubungan mereka terganggu apabila Andy terpaksa tinggalkan Dhea buat seketika. Dhea resah, tetapi Andy berjanji akan kembali mencari Dhea setelah tujuh hari. Andy terpaksa pergi kerana rasa bersalahnya pada Vee.
Siapa pula Vee sehingga Andy tegar untuk meninggalkan Dhea yang selama ini menjadi pujaannya atau Andy sebenarnya hanya ingin mempermainkan hati Dhea setelah berjaya membuatkan Dhea jatuh cinta padanya?
Janji Jujur Sepi ditayangkan di slot Skrin Di 9, Rabu, jam 8.30 malam pada 13 Jun 2012