Sepanjang Euro 2012, peminat bola sepak pasti akan puas dihidangkan dengan aksi hebat bola sepak melalui kejohanan Euro 2012.
Demam bola sepak melanda semula dan kini, pemain dari 16 negara benua Eropah akan berentap untuk menjulang mahkota kejuaraan yang dipertandingkan empat tahun sekali itu.
Bermula semalam, sehingga kemuncak pertandingan aksi final pada awal pagi 2 Julai waktu Malaysia, tumpuan dunia bola sepak tertumpu ke Poland dan Ukraine, tuan rumah bersama kejohanan itu.
Ini juga peluang terbaik untuk pemain `menjual' diri kerana mereka diperhatikan kelab-kelab dari seluruh dunia, dan jika cemerlang pasti ditawarkan dan diambil untuk mengikat kontrak permainan dengan kelab ternama.
Debaran kejohanan sudah pun bermula, ketika ini mungkin ada antara kita yang sudah mengambil cuti atau berkira-kira untuk memohon cuti.
Dengan perlawanan berlangsung tengah malam dan awal pagi waktu Malaysia, pasti ramai yang akan bersengkang mata untuk menonton aksi yang dibawa secara siaran langsung melalui kaca televisyen.
Namun dalam `keghairahan' menonton Euro 2012, peminat tidak harus melupakan kesihatan diri.
Justeru janganlah keterlaluan menonton sehingga waktu tidur dan waktu rehat diabaikan. Ini akan hanya mengundang letih kepada diri sendiri, yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan. Badan dan minda memerlukan rehat yang secukupnya.
Andai fizikal dan mental tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti kerja.
Juga, jangan kerana terlalu sangat menonton siaran langsung, kita mengabaikan tanggungjawab hakiki yang sebelum ini kita lakukan, sama ada tanggungjawab di rumah atau tanggungjawab sebagai pelajar, mahupun tanggungjawab sebagai pekerja.
Dan jika kerana Euro kita mengambil cuti sakit, ia sebenarnya tidak adil untuk majikan dan rakan sekerja lain yang mungkin terpaksa menanggung kerja kita.
Apapun `kegilaan' terhadap Euro sudah bermula, dan sembang-sembang mengenai Euro 2012 sudah lama kedengaran di warung-warung dan kedai-kedai kopi.
Kedai mamak yang mempunyai skrin dan televisyen besar pasti menjadi antara lokasi utama tempat berkumpul menonton perlawanan. Suasana di kedai-kedai ini pasti meriah dengan dua kelompok penyokong keduadua pasukan yang bersaing sama-sama menonton perlawanan.
Pada akhirnya nanti, bukan pasukan yang menjulang kejuaraan saja akan mencipta kejayaan kerana sebenarnya sukan itu yang mencipta kejayaan tersendiri kerana menyatukan semua peminat tanpa mengira apa pun latar belakang.
Oleh Azman Z (Berita Harian)