Home » » Sinopsis Bila Papa Pakai Kebaya (Slot Panggung Ahad TV1)

Sinopsis Bila Papa Pakai Kebaya (Slot Panggung Ahad TV1)

Sinopsis drama Bila Papa Pakai Kebaya

Bila Papa Pakai Kebaya mengisahkan Zaini yang menjadi penganggur selepas dibuang kerja oleh majikannya. Dia berusaha gigih mendapatkan pekerjaan namun nasib tidak menyebelahinya kerana tawaran kerja hanya terbuka luas kepada golongan hawa.

Suatu hari dia mendengar cerita majikan isterinya, Maria, memerlukan pekerja untuk menjadi penyambut tetamu. Namun tawaran itu hanya untuk wanita. Ketika itu terlintas di fikirannya untuk menyamar sebagai wanita dengan mengenakan kebaya pergi ke tempat kerja. Pada masa sama dia dapat memantau pergerakan isterinya yang sering kali pulang kerja lewat.

Zaini seronok dengan penyamarannya sehingga suatu hari ia terbongkar. Lalu apakah yang terjadi seterusnya?

Apakah rahsia yang disembunyikan Maria daripada pengetahuan Zaini apabila satu hari dirinya ditangkap curang dengan bekas teman lelakinya, Ashraf? Siapa pula Suhana yang muncul pada pertengahan drama ini?

Saksikan kesudahan drama lakonan Joey, Siti Fazurina, Zaibo, Maimon Mutalib, Yus Raja Lawak, Zarina AF dan Kismah Johar ini.



 
Chatroom