Home » » Sinopsis Awan Dania The Movie lakonan Scha Al-Yahya

Sinopsis Awan Dania The Movie lakonan Scha Al-Yahya

Sinopsis Awan Dania The Movie

Awan Dania The Movie bermula dengan pencarian krew kabin terbaik Semua pramugari dan pramugara mahu diiktiraf. Senarai 12 krew kabin terpilih telah diumumkan untuk bersaing merebut gelaran 'terbaik', termasuk Dania dan Tania.

Tania pernah menggondol anugerah tersebut, dan beliau juga begitu popular di kalangan krew kabin dan penumpang. Dania mengetahui Tania mempergunakan Remy, seorang juruterbang untuk memenangi anugerah tersebut serta untuk mendapatkan perhatian orang ramai.


Dania mula membuat perancangan untuk memberitahu tentang niat jahat Tania kepada Remy. Remy pernah menyukai Dania satu ketika dahulu tetapi ditolak oleh Dania kerana Dania memilih kariernya sebagai pramugari. Dania menyamar menjadi penumpang pesawat yang dinaiki Tania.

Dania menggunakan rambut palsu 'Afro' selain kaca mata hitam bagi menyembunyikan wajah asalnya. Dania mulai mengintip Tania kerana ingin melihat cara Tania bekerja serta melayan penumpang. Apabila tiba di sebuah pulau di Malaysia, Dania mengekori pergerakan Tania. Perang bermula di antara Dania dan Tania apabila Tania menyedari dirinya diekori oleh Dania.

Tania semakin galak dengan cubaan untuk menarik perhatian Remy di samping cuba membuatkan Remy membenci Dania. Sementara Dania cuba menarik perhatian Remy untuk kembali mendapatkan cinta Remy.

Dania meminta Benjy menyamar menjadi kekasihnya semata-mata untuk membuatkan Remy cemburu. Sebaliknya, perkara lain pula yang berlaku membuatkan peperangan Dania dan Tania semakin kritikal.

Director: Rashid Sibir
Producer Company: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Cast: Scha Al-Yahya,Elly Mazlein,Rusdi Ramli,Jehan Miskin,Ruminah Sidek,Hans Isaac,Zaibo



 
Chatroom