Sinopsis Drama Jiwang Karat, TV1
Jiwang Karat mengisahkan Shazlin (Christine Suzanne), anak tunggal Datuk Amran dan Datin Kalsom yang bersikap keanak-anakan dan lebih suka membuang masa serta membuat keputusan sendiri.
Situasi ini amat membimbangkan Amran apatah lagi Shazlin yang degil enggan bekerja di syarikatnya selepas tamat belajar di luar negara sedangkan dia adalah harapan Amran untuk mengambil alih perniagaannya itu.
Shazlin masih bersikap acuh tak acuh apabila Amran mengugut untuk menyekat perbelanjaannya jika dia tidak ke pejabat. Malah, Shazlin tetap keluar dengan teman baiknya, Kamalia untuk berseronok dan membeli-belah.
Akibat marah dan kecewa, Amran menyekat perbelanjaan Shazlin mengakibatkan anak gadis itu tidak dapat membayar harga makanan di sebuah restoran apabila kad kreditnya disekat.
Bermula dari situ, Shazlin berkenalan dengan Nor Aiman (Shahrizal Jaszle), jejaka kampung yang kebetulan sedang makan di situ. Meskipun perkenalan mereka bermula agak dingin, Nor Aiman sudi membayar makanannya malah sanggup membayar denda Shazlin meletakkan keretanya di petak Orang Kelainan Upaya (OKU).
Ketika itu, Kamalia iaitu sahabat baik Shazlin tidak mempedulikannya kerana sibuk berkenalan dengan Azril, senior di kolejnya yang sudah lama diminatinya.
Perkenalan sehari Shazlin dengan Nor Aiman cukup memberi kesan dalam hidup Shazlin. Sikap matang Nor Aiman dan nasihatnya membuatkan Shazlin berubah dan mahu membantu bapanya di syarikat.
Shazlin ingin berjumpa Nor Aiman sekali lagi, tetapi dia kehilangan kad nama pemberian Nor Aiman menyebabkan mereka terputus hubungan.
Lima tahun kemudian, Shazlin benar-benar berubah. Dia kini menjadi anak kebanggaan ibu dan bapanya serta mampu mengendalikan syarikat dan tidak lagi dipandang rendah oleh pekerjanya.
Dalam pada itu, Amran dan Kalsom berikhtiar mencari jodoh untuk Shazlin membuatkannya rimas dan terpaksa menipu kononnya dia sudah ada teman lelaki.
Tanpa disedari Shazlin, penipuannya itu mendesak dia mencari teman lelaki dan takdir Tuhan dia terjumpa semula kad nama Nor Aiman.
Shazlin menghubungi Aiman menggunakan maklumat di kad. Ketika itu Nor Aiman yang dicari tidak lagi bekerja di syarikat itu namun apabila dihubungi Shazlin, seorang lelaki yang mengakui sebagai Aiman (Mohammad Aiman) menjawab panggilan dan mengaku yang dia adalah Aiman yang dicarinya. Mereka berjanji untuk berjumpa kerana Shazlin mahu membayar hutangnya lima tahun lalu.
Siapakah sebenarnya Mohammad Aiman dan dapatkah Shazlin bertemu semula dengan Nor Aiman? Jangan lupa untuk menonton setiap episod drama ini.
Drama Jiwang Karat menggandingkan Shahrizal Jaszle dan pelakon baru Christina Suzanne sebagai pasangan kekasih di samping Shah Iskandar, Rozie Othman, Ridhwan Hashim dan Nor Albaniah .
Jiwang Karat yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang di TV1