Buffet Ramadan di Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre
Bufet berbuka puasa ditawarkan pada harga RM88++ pada minggu pertama dan terakhir Ramadan, manakala pada minggu kedua dan ketiga pada harga RM120++ seorang.
Bufet Ramadan dihidangkan di Taman Sari Brasserie, aras lobi, Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre. Untuk tempahan, hubungi 03-2141 9988.
Bertemakan masakan ala kampung, Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre menyediakan lebih 500 pilihan juadah berbuka puasa berserta 28 gerai makanan pelbagai jenis masakan Melayu, Cina dan India serta lebih 30 jenis kuih tradisional.
Bagi yang selalu berbuka puasa di hotel ini, pastinya sudah lama terpikat dengan pasembur, beriani Johor dan char kuetiau di samping masakan asam pedas Melaka dan ikan patin gulai tempoyak.
Resipi ikan patin gulai tempoyak Pahang ini adalah hasil lawatan chef Hotel Istana ke Taman Negara Pahang khusus mendapatkan rasa asli masakan ini.
Mereka berkampung di Taman Negara bagi mendapatkan ramuan asli dan petua daripada penduduk tempatan mengenai cara terbaik memasak hidangan ikan patin gulai tempoyak.
Selain itu, disajikan juga nasi mandy yang dimasak dengan kambing dan rempah ratus dari Asia Barat.Bufet Ramadan pada tahun ini juga memperkenalkan masakan ala Cina yang halal yang menggunakan pelbagai jenis makanan laut segar. Setiap juadah dimasak secara langsung di depan tetamu.
Berpandukan kepada kelazatan dan pilihan makanan unik yang disediakan, jadi tidak hairanlah hotel ini pernah dinobatkan Best Ramadan Buffet in Town 2012, sekali gus menjadikan ia pilihan warga tempatan menikmati juadah berbuka puasa.