Jom Berbuka Puasa bersama Master Chef Dorsett
Raikan saat indah berbuka puasa bersama ahli keluarga atau sahabat di Checkers Cafe, Dorsett Regency Kuala Lumpur yang menyajikan hidangan istimewa masakan Melayu tradisional.
Dengan tema `Jom Berbuka Puasa bersama Master Chef Dorsett', bufet Ramadan yang pasti tidak mengecewakan ini disediakan istimewa oleh barisan chef berpengalaman.
Antara yang menggamit selera pengunjung adalah pasembur Padang Kota, kerabu perut bersantan, percik burung puyuh dan ayam dara serta gulai ikan talang masin.
Bagi yang gemarkan hidangan pedas, menu udang goreng bersambal, lidah goreng cili padi, hati goreng sambal dan rendang Kuala Kangsar sudah pasti menjadi tumpuan. Restoran turut memperkenalkan menu istimewa iaitu sup rusa dan kambing kuzi. Daging rusa itu direneh selama beberapa jam dan direbus dengan rempah ratus berkualiti tinggi, menjadikan rasa tekstur dagingnya lembut dan mengeluarkan aroma sup yang wangi.
Pelbagai jenis bubur turut disediakan. Melangkah ke sudut pencucui mulut, pengunjung dijamu dengan pelbagai seleksi kuih tradisional Melayu. Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi Checkers Cafe di 03-27161000 sambungan 188 atau kunjungi laman web www.dorsettregency.com/kualalumpur.