Home » » NESPRAY Inoria dan Belajar

NESPRAY Inoria dan Belajar

NESPRAY Inoria dan Belajar

Ibu bapa mahukan anak yang cerdas, cergas dan sentiasa menunjukkan perkembangan positif sepanjang pembesarannya sehingga meningkat dewasa. Untuk mencapai matlamat itu, mereka akan memastikan pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi dan pemakanan diberikan dengan baik.

Aktif bersukan adalah penting untuk kanak-kanak kerana membantu tumbesaran tubuh mereka yang sihat dan membina. Selain itu, suasana ceria di dalam rumah adalah penting supaya mereka tidak berasa tertekan dan sentiasa tunjukkan kasih sayang kepada mereka.

Minda kanak-kanak dapat dilatih untuk berfikir, berimaginasi dan kreatif dengan diberi peluang untuk melafazkan pendapat sendiri atau idea terhadap ibu bapa.

Sekiranya anak melakukan sesuatu perkara positif, jangan lupa untuk memuji dan jika sebaliknya, cuba tegur mereka dengan baik bukannya menengking.

Ada juga anak yang bersikap pasif justeru, cuba latih mereka menjadi lebih berani dan berkeyakinan menerusi pembabitan dalam kelas muzik, tarian, pengucapan awam atau seumpamanya.

Keseimbangan nutrisi adalah penting untuk tumbesaran kanak-kanak semenjak kecil lagi. Oleh itu, amalan minum susu amat digalakkan di kalangan semua di mana ibu bapa boleh mendapat tunjuk ajar daripada NESPRAY untuk memastikan bahawa anak mereka sentiasa mendapat nutrisi yang seimbang.

Bagi mendalami pemahaman tentang kepentingan nutrisi dalam pembesaran dan perkembangan kanak-kanak, NESPRAY Inoria dan Belajar memberikan pendedahan terbaik kepada ibu bapa yang mahukan anak-anak membesar dalam pembentukan sahsiah diri mantap.


Melalui siri jelajah ini, pelbagai aktiviti disediakan seperti tarian NESPRAY, mencipta adunan susu sendiri, mengunjungi taman buah-buahan dan ceramah kesihatan yang memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak mengetahui kepentingan nutrien dengan lebih lanjut dalam cara yang menyeronokkan.

Akhirnya, kanak-kanak juga dapat bersosial dengan rakan sebaya umur dalam aktiviti jelajah ini serta mempelajari untuk berdikari, bertanggungjawab dan sifat bertimbang rasa.

Siri jelajah ini akan berlangsung di kawasan Lembah Klang iaitu di Mydin USJ (5-7 Julai).

Untuk keterangan lanjut, klik di sini.

1. Berat badan sesuai dengan ketinggian Perhatikan sama ada berat anak anda sesuai dengan umur dan ketinggiannya.

2. Kulit yang cantik Kulit yang gebu dan bersih menunjukkan vitamin A yang mencukupi untuk memelihara dan memulihkan tisu kulit.

3. Pembentukan otot yang Baik Pembentukan otot yang baik menunjukkan anak anda mendapat khasiat yang cukup dan bersenam dengan betul.

4. Mata yang terang Jika anak anda boleh melihat dengan jelas dalam cahaya malap atau berlainan, ia adalah satu tanda pemakanan yang baik

5. Gigi dan tulang yang kuat Untuk tulang yang kuat dan peralihan daripada gigi susu ke gigi kekal yang elok, pastikan anak anda mendapat kalsium, fosforus dan vitamin D yang cukup.

6. Rambut berkilat dan Bermaya Rambut yang berkilat dan bermaya juga menandakan anak anda mendapat pemakanan yang cukup.

7. Berselera Jika anak anda memakan hidangan daripada semua kumpulan makanan dengan berselera, itu adalah tanda yang baik!

8. Postur yang baik Pembentukan rangka yang sihat dapat dilihat dengan jelas melalui cara dia berdiri atau duduk tegak.

9. Peka dan ceria Anak yang peka, fokus dan cepat memberi tindak balas biasanya mendapat pemakanan yang baik untuk perkembangan tubuh dan otak.

10. Tidur lena Tidur yang mencukupi membantu meningkatkan daya konsentrasi dan kebolehan belajar.




 
Chatroom