Home » » Bufet Berbuka Puasa 2013 di Hotel Vistana,Kuala Lumpur

Bufet Berbuka Puasa 2013 di Hotel Vistana,Kuala Lumpur

Buffet Ramadan, Selera Kampung 1Malaysia Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Hotel Vistana menyajikan lebih 100 hidangan berbuka puasa bertemakan Selera Kampung 1Malaysia sekali gus memenuhi cita rasa dan selera pengunjung sepanjang Ramadan.

Hotel Vistana Kuala Lumpur
No. 9, Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-4042 8000

Bufet Ramadan kali ini turut menyajikan pelbagai kombinasi hidangan tradisional daripada masyarakat Melayu, Cina dan India yang disediakan Sous Chef berpengalaman lebih 10 tahun, Aman Dollah.

Konsep bufet yang berharga RM50 ++ bagi dewasa dan RMRM30 ++ bagi kanak-kanak itu membolehkan pengunjung berkongsi rasa hidangan tradisional yang mewakili tiga kaum terbesar di negara ini.
Bufet Berbuka Puasa 2013 di Hotel Vistana
Antara hidangan utama bufet 1Malaysia ialah ikan patin masak tempoyak, opor daging wangi, ayam masak asam, nangka muda masak lemak ikan masin mewakili masakan tradisional Melayu manakala siew pak choy dengan kulit tauhu bersos abalone, nasi ayam bersos cili hainan, udang goreng berempah, kobis panjang, fucuk dan soo hoon ala nyonya pula mewakili kaum Cina.

Hidangan seperti kari kambing, mi goreng ala mamak, roti canai, kari sayur dan dalca pula antara sajian kegemaran kaum India selain kuih tradisional yang sinonim dengan masyarakat baba dan nyonya seperti seri muka, sago gula melaka, sago lapis dan bubur cha cha. "

Terdapat nilai tambah kepada pengunjung dengan memainkan lagu tahun 40-an dan 50-an untuk mengembalikan nostalgia suasana berbuka puasa.

Pihak Hotel Vistana menyediakan warung BBQ, rojak buah, satay, mi, gulai kawah, laksa dan sebagainya.



 
Chatroom