Home » » Bufet Ramadan Menara KL ,Berbuka Puasa (Iftar) di Menara KL 2013

Bufet Ramadan Menara KL ,Berbuka Puasa (Iftar) di Menara KL 2013

Bufet Ramadan Menara KL


Bayaran dikenakan untuk dewasa ialah RM99; kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun (RM49); bayi berusia satu hingga tiga tahun (RM10).

Mereka yang ingin merasai pengalaman indah berbuka puasa di Menara KL perlu membuat tempahan terlebih dulu dengan menghubungi talian 0320205444.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.menarakl.com.my.

Jika inginkan suasana baru untuk berbuka puasa, Menara KL menyajikan pengalaman menyeronokkan, apatah lagi apabila pengunjung berpeluang menikmati juadah sambil menikmati pemandangan ibu kota pada ketinggian 288 meter (m) Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk Zuraidah Mohd Said, berkata bufet Ramadan Menara KL kali ini menyajikan campuran pelbagai sajian termasuk hidangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.



Saji hidangan enak


"Selain sajian daripada tiga masyarakat utama di negara ini, Menara KL turut menyajikan hidangan enak yang diambil daripada resipi Barat dan Arab.

"Seperti kebiasaannya, Menara KL turut mempunyai beberapa hidangan enak yang menjadi `signature dish' di sini, termasuk Asam Pedas serta Rendang," katanya selepas sesi berbuka puasa bersama media di Mega View Banquet Deck, Menara KL.

Sambil menikmati hidangan disediakan Ketua Chef D'Saji, Chef Rahimah Jasip, pengunjung akan turut dihiburkan dengan persembahan pelbagai lagu yang dibawa secara langsung daripada sebuah kumpulan muzik yang dijemput khas.

Menara Kuala Lumpur (KL) menyajikan lebih 100 juadah berbuka puasa untuk dinikmati hadirin sehingga 31 Julai ini.



 
Chatroom