Home » » Keajaiban air penawar penyakit

Keajaiban air penawar penyakit

Keajaiban air penawar penyakit

Air bukan sekadar penghilang dahaga, malah jika dimanfaatkan, ia boleh menyihatkan tubuh dan memberi kesan positif kepada kesihatan.

Air minuman terbaik ialah air alkali kerana ia mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium. Ia membantu menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian tubuh.

Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid, begitu juga dengan minuman berkarbonat yang boleh merendahkan nilai pH dalam tubuh.

Walaupun tubuh memerlukan asid contohnya dalam sistem pencernaan, kandungan asid yang berlebihan boleh mendatangkan penyakit.

Menurut Dr Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali.

Justeru, air beralkali boleh menstabilkan paras pH badan supaya tidak terlalu berasid.

Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin daripada sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.

Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel tubuh dan membantu menyingkirkan toksin.

Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa.



Ini membolehkan ia diserap dalam tisu badan dengan mudah.

Proses itu dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air mencukupi.

Jika badan kekurangan air, sel badan tidak dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.

Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan saja untuk menghilangkan dahaga, malah memberikan kesihatan yang optimum.

Kajian Universiti Gifu, Jepun mendapati air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, ciritbirit dan angin yang berlebihan.

Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali.

Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai agen antioksidan yang terbaik untuk proses menghasilkan tisu badan dan membawa sel darah merah ke seluruh tubuh.

Air beralkali mampu membantu mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid yang berlemak, seterusnya menyingkirkannya daripada tubuh badan.

Air mampu memberikan kesan positif kepada tubuh apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya.

Kajian Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati molekul air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.

Apabila air dibacakan dengan perkataan cinta, aman dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik.

Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti benci, sedih dan perang, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecahpecah.

Ini yang berlaku apabila air dibacakan dengan kalimah suci alQuran kerana ia boleh memberi kesan positif kepada pengamalnya.

"Dan daripada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup." Surah Al-Anbiya ayat 30 Kesimpulannya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan tubuh dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan kronik. ~ HM
Rahsia Kesembuhan Melalui Segelas Air



 
Chatroom