Home » » Sinopsis Rock Bro! filem Mamat Khalid

Sinopsis Rock Bro! filem Mamat Khalid

Sinopsis Rock Bro! filem Mamat Khalid

Rock Bro! diceritakan melalui naratif Jijoe (Khir Rahman), di mana pada zaman ini era rock telah berada di kemuncaknya dan seakan menanti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip hop pada awal 90-an.

Kumpulan Rimba Bara sudah lama tidak membuat persembahan menyara hidup sebaliknya lebih memberi fokus pada kerja-kerja sambilan selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani, yang mana bayaran diterima dalam bentuk buah-buahan dan sayur-sayuran dari penganjur.

Inilah liku-liku hidup seorang rocker yang memperjuangkan muzik rock. Kadangkala ada yang kecundang di tengah jalan, apabila Zul Kapan (Soffi Jikan) mula beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU.

Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio.



Jijoe terlalu sayang Ella sehingga sanggup meninggalkan kehidupan rocker-nya untuk menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang dia benar-benar sayangkan Ella dan mahukan hidup yang lebih terjamin. Ini membuatkan Rimba Bara mula goyah dan terjadilah konflik antara mereka.

Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini?



 
Chatroom