Home » » Rumusan cegah sembelit

Rumusan cegah sembelit

Makanan adalah sumber tenaga kita, membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh sel badan kita untuk berfungsi dengan sempurna.

Tetapi sebelum itu, makanan perlu dipecahkan menjadi lebih kecil untuk membolehkan badan kita menyerap dan menggunakan nutrien yang dibekalkan itu.

Jenis dan jumlah makanan yang dimakan oleh si manja dan bagaimana sistem penghadaman memproses makanan memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan perut.

Mengamalkan diet yang sihat adalah salah satu cara terbaik untuk menghindari masalah penghadaman dalam kalangan kanak-kanak.

Pakar Pediatrik dari Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Christopher Lim Lean Chai, sentiasa menekankan kepentingan penjagaan sistem penghadaman sebagai langkah utama untuk memastikan kesihatan perut dan menjamin tumbesaran si manja.

Sistem penghadaman

Cuba gambarkan visual sistem penghadaman sebagai satu saluran atau tiub sepanjang 25 hingga 35 kaki yang berjela dari mulut ke dubur. Sistem penghadaman manusia yang juga dirujuk sebagai gastrousus atau perut, bertanggungjawab untuk memproses makanan dan bendalir yang kita makan dan minum setiap hari.

Proses utama melibatkan menelan, menghadam, menyerap dan membuang sisa. Biasanya, makanan melalui seluruh saluran penghadaman dalam masa 1 hingga 2 hari.

Justeru, sekiranya sistem penghadaman si manja tidak berfungsi dengan baik, kesihatannya akan terjejas kerana pergerakan usus yang tidak baik akan menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan membuatkan dia khuatir untuk ke tandas.

Si kecil juga mula menangguhkan pemergian ke tandas selama yang boleh.

Sembelit adalah salah satu masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kanak-kanak kecil, dengan kadar yang dilaporkan antara 0.3 peratus hingga 28 peratus.

Apakah sembelit?

Si kecil dikatakan mengalami sembelit bila najisnya keras atau dia tidak ke tandas secara tetap. Dalam erti kata yang lebih mudah, sembelit boleh ditakrifkan sebagai kesukaran membuang air besar, dengan najis berketul-ketul seperti batu atau keras selama sekurang-kurangnya dua minggu; atau najis keras dua kali atau kurang daripada dua kali dalam seminggu.

Sembelit berlaku apabila pengecutan otot kolon menjadi perlahan atau lembap, menyebabkan najis melalui kolon secara terlalu perlahan, atau apabila kolon menyerap terlalu banyak air. Akibatnya, najis menjadi terlalu kering dan keras.

Punca

Banyak faktor boleh menyebabkan sembelit. Jika si kecil melawan gesaan untuk membuang air besar disebabkan dia tidak suka menggunakan tandas sekolah, kemungkinan besar najisnya akan menjadi besar dan keras.

Penyahidratan, yang selalunya disebabkan ciri-birit atau penyakit lain, juga boleh mengeraskan najis. Diet juga faktor yang menyebabkan sembelit. Sebagai contoh, makanan tinggi lemak, rendah serat (termasuk banyak makanan snek dan pastri), akan menjadikan sembelit lebih serius.

Pencegahan dan penawar

Banyak yang anda boleh lakukan untuk membantu si kecil mengelakkan sembelit. Biasakan si kecil ke tandas setiap hari dan galakkan aktiviti fizikal dan pengambilan makanan yang sihat. Semua ini penting untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan sistem penghadaman anak kecil anda.

Selain itu, pantau pergerakan usus si kecil dengan memastikan saiz dan konsistensi najisnya.

Peranan serat

Punca utama sembelit ialah kurang serat dalam diet kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil lebih banyak makanan berserat kurang mengalami masalah sembelit. Serat menyerap air dan mengembang dalam usus. Dengan demikian, membantu melembut dan menyenangkan najis keluar daripada badan adalah penting. Tabiat makan banyak buah-buahan tidak dikupas seperti epal dan pir, bijirin penuh dan sayuran, membantu menambah kandungan serat dalam diet.

Adakah susu mengandungi serat?

Susu segar yang tidak diperkuatkan tidak mengandungi serat. Bagaimanapun, sesetengah rumusan susu mengandungi serat dalam bentuk oligosakarida. Hasil kajian dan penyelidikan secara meluas membuktikan bahawa Frukto-oligosakarida rantaian panjang (lc-FOS) mampu membantu memperbaiki kesihatan perut.

Bagaimana lc-FOS membantu mencegah sembelit?

lc-FOS tidak dihadam dan bergerak dalam keadaan utuh melalui perut dan usus kecil. Penapaian lc-FOS oleh bakteria baik dalam usus besar membantu menambah biojisim najis, membentuk gumpalan yang meningkatkan pergerakan usus.

Lc-FOS untuk kesihatan perut

Bagi kanak-kanak kecil yang mengalami sembelit atau kurang mengambil makanan berserat, terdapat rumusan susu untuk memastikan kanak-kanak dari usia 1 tahun hingga 10 tahun mendapat jumlah serat makanan yang diperlukan daripada minuman susu. Ia membantu melembutkan najis dan menyenangkan pembuangannya dari badan sekali gus memastikan kesihatan sistem penghadaman.



9 Komen:

sosterbaik berkata...

Salam boleh tk jika anak bertukar kpda susu kotak dutchlady kid berperisa strberi purata dlm sehari bersamaan 10 kotak sehari dan saya akn menambahkan sedikit air masak keflam kotak trsbut. Adakah ia akn mngundag penykit?

sosterbaik berkata...

Salam boleh tk jika anak bertukar kpda susu kotak dutchlady kid berperisa strberi purata dlm sehari bersamaan 10 kotak sehari dan saya akn menambahkan sedikit air masak keflam kotak trsbut. Adakah ia akn mngundag penykit?

Nord berkata...

Anak sy yg umur 1thn 8bln skrg pn susah nk berak..nape ye..kurang minum air masak kot

Tanpa Nama berkata...

Anak sya berumur 1thn 2bln, kerap sembelit smp berdarah apabila buang air besar, sllu juga sya bg mkan buah prune tp ttap juga sembelit. Sya juga ada beli ubt di farmasi utk lembutkan najis tp mcam tak berkesan. Knpa yea?

Tanpa Nama berkata...

Anak sy juga mengalami masalah yg sama..

Tanpa Nama berkata...

anak sy berumur 4tahun punca penanguhan untuk ke tandas....dimana untuk mendapatkan rumusan susu Lc Fos dan berapa kosnya....TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

Anak sy yang berusia 2 tahun juga mengalami sembelit sehingga berdaraH. Bila dirujuk pada doc, doc nasihatkan agar anak diberi byk mknan berserat tinggi spt buah kiwi. Selain itu, doc srh anak minum susu frisolac rumusan khas utk melembutkn najis. Setakat ni anak x mgalami lg mslh sembelit.

maria berkata...

memang kesian bila tengok anak2 alami masalah sembelit. Tak sampai hati bila tengok anak menangis dalam bilik air kan

Cara Atasi Masalah Sembelit Kanak- Kanak Tanpa Pil Pelembut Najis Dan Julap

Unknown berkata...

anak i kesian krn sakit..

Catat Ulasan

 
Chatroom