Home » » Khasiat Buah Durian

Khasiat Buah Durian

Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Sumber: http://thesecretmedicines.blogspot.com



19 Komen:

Tanpa Nama berkata...

bolehka air kulit durian menghilangkan bau?

Tanpa Nama berkata...

mcm mana nak diet

Tanpa Nama berkata...

nak famous ah tu -,-''

Tanpa Nama berkata...

saya deman kerana makan buah durian ,kenapa?

Tanpa Nama berkata...

mkan bnyak sgt durian ler 2...

eric berkata...

demanlah kalau terlebih gula durian

Tanpa Nama berkata...

durian bley jdi an kita gemuk ke ? urgent2

Agus Munawar berkata...

Agak rancu bahasanya gan..

Tanpa Nama berkata...

durian is da best fruit in da world..i love it so much

Tanpa Nama berkata...

sedapppp..yummy.. ;)

Tanpa Nama berkata...

Durian x menggemukkn if kita mkn dlm kuantiti yg sikit... Cox durian 2 pun ada lemak dia yg tersendiri but....lemak yg x tepu laaa....

Tanpa Nama berkata...

Durian tamancok

Unknown berkata...

I like durian.....

Tanpa Nama berkata...

memang berkhasiat ler..

Tanpa Nama berkata...

betulke kata orang, kalau ada darah tinggi tak boleh makan durian...?

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan pengalaman peribadi saya sepanjang 31 tahun saya makan durian :
1. Kalau makan durian sewaktu demam memang membantu dalam penyembuhan.
2. Durian membersihkan usus dan melancarkan pencernaan. Makan durian sekurang2nya dua hari secara berterusan, najis anda akan berwarna kekuningan. Umpama najis bayi.
3. Makan durian tidak boleh bersama ubat2tan / alkohol akibatnya membawa maut atau kecederaan serious. Ini membuktikan durian merupakan ubat semulajadi untuk manusia.

Tanpa Nama berkata...

Durian tu panas je....jd jgn mkn bcampur benda panas jgk...cthnya ubat2.

Tanpa Nama berkata...

betul tu.lps makan durian mesti rasa panas kan jadi kita kene minum air badak.lagi satu durian ni memang dpat menyembuhkan demam kerana ia memiliki vitamin
:D

Nani Shuhada berkata...

Dulu saya ingat durian ni memudaratkan... Rupanya ada juga khasiat di sebalik rasanya yang sedap. Tq for the info.

Catat Ulasan

 
Chatroom