Home » » Sinopsis drama Dalam Setiap Sujud , TV9 lakonan Nur Fathia

Sinopsis drama Dalam Setiap Sujud , TV9 lakonan Nur Fathia

Sinopsis Dalam Setiap Sujud

Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi mengisahkan konflik cinta seorang gadis untuk memilih calon suami yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Hendra telah kehilangan isteri dalam peristiwa letusan Gunung Merapi. Kehadiran Jannah sukarelawan yang juga bertugas sebagai jururawat dari Malaysia membibitkan rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Tercetusnya konflik apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah yang berkenankan peribadi Jannah yang sering tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri anaknya, Fareez.


Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudah mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha. Bagi Fareez, Jannah tidak layak menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya.

Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah hidup tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tetapi tidak pernah sedetik pun dia melupakan Jannah? Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, saksikan setiap episod drama yang penuh dengan konflik dan tragedi ini.

Drama 14 episod arahan Raja Ahmad Alauddin itu bersiaran di TV9, mulai Januari Cinta 8 Januari lalu, setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Ia menampilkan lakonan mantap, Nur Fathia (Jannah), Azlee Khairi (Fareez) dan Keith Foo (Hendra) serta dibantu dengan kemunculan Elfaeza Ul-Haq (Zulaikha), Syatilla Melvin, Aidil Aziz, Rozie Othman (Puan Endah), Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.



 
Chatroom