Home » » Senaman untuk eksekutif

Senaman untuk eksekutif

Senaman untuk eksekutif
Sekarang ramai yang kurang aktif secara fizikal dalam rutin harian terutama eksekutif muda yang sibuk dengan tugasan mereka.

Kemudahan seperti penggunaan kereta, lif dan kenderaan awam turut menjadi salah satu sebab mereka selesa dengan kehidupan seharian asalkan dapat melakukan segalanya dalam keadaan mudah.

Sebenarnya, kecanggihan teknologi yang ada sekarang bukanlah penghalang untuk kita terutama eksekutif muda melakukan aktiviti kecergasan sebaliknya, harus lebih berusaha supaya tidak mengalami masalah kesihatan di kemudian hari.

Bagi membetulkan ketidakseimbangan tenaga dan memastikan kita kekal cergas dan sihat, penting untuk mengekalkan tahap aktiviti yang berkesan.

Senaman meningkatkan kadar iaitu badan menggunakan dan membakar tenaga yang disimpan seperti lemak yang secara tidak langsung boleh menggalakkan penurunan berat badan.

Berikut antara teknik latihan yang boleh dilakukan buat semua eksekutif muda. Harus diingatkan, sebelum kita melakukan segala bentuk latihan senaman, ia harus didahului dengan latihan regangan.



Latihan bebanan seluruh badan

Gambar 1

Latihan ini boleh dilakukan dengan persediaan duduk di atas bangku sambil memegang dumbbell di atas paha. Selepas itu, baring dan pegang dumbell menggunakan kedua-dua tangan dan hingga ke bahagian dada. Pastikan lengan bengkok sedikit.

Genggam dumbbell mengikut lebar bahu anda seperti gambar di atas. Angkat dumbbell dan seterusnya turunkan ke bawah secara perlahan-lahan hingga ke bahagian dada. Tanpa melantunkan dumbbell, tolak ke atas perlahan-lahan sehinggalah tangan kembali lurus. Kemudian, ulang latihan ini.

Gambar 2

Latihan ini memberi tumpuan pada bahagian perut. Pastikan anda berada pada kedudukan yang betul seperti gambar di atas. Bawa tangan ke bahagian dada dan rendahkan sedikit badan anda. Pastikan kedudukan dada anda tegap. Mulakan dengan pernafasan yang betul. Ulangi latihan ini sebanyak 10 kali dan lakukannya dua atau tiga set.

Gambar 3
Berdiri sambil memegang dumbbell yang sesuai dengan anda. Satu kaki bergerak ke hadapan seperti gambar di atas. Pastikan tumit kaki hadapan rapat dengan permukaan lantai. Pastikan badan lebih rendah sama rata dengan lutut dan pinggul manakala kaki belakang hampir bersentuhan dengan lantai. Kembali ke kedudukan asal dan lakukan pada kaki sebelah.

Gambar 4

Genggam bar selaras lebar bahu dan genggamnya dari arah bawah. Dengan siku ke sisi, angkat bar sehingga lengan anda menegak seperti gambar di atas. Kemudian rendahkan ke bawah dan ulang.

Gambar 5

Berdiri sambil memegang dumbbell. Lakukannya dengan meninggikan bahu anda pada tahap setinggi yang mampu. Seterusnya, turunkan bahu anda dan ulang.

Gambar 6

Berdiri di kiri bangku. Pegang dumbbell di tangan kiri dengan tapak tangan kanan memegang bangku berkenaan seperti gambar di atas. Letakkan lutut kanan dan tangan kanan anda di atas bangku untuk sokongan. Biarkan tangan kiri anda yang memegang dumbbell ke bawah.

Tarik abdomen anda dan bengkokkan ke hadapan daripada pinggul supaya belakang anda secara semula jadi melengkung. Dongakkan dagu selari dada supaya leher sejajar dengan seluruh tulang belakang anda. Tarik tangan kiri yang memegang dumbbell sehingga siku anda menunjuk ke siling dan ulang.

Gambar 7

Akhir sekali, latihan ini yang boleh dilakukan dengan berdiri menggunakan alatan menara kabel. Pastikan postur yang baik dan letakkan tangan di atas pemegang kabel.

Pegangnya dengan kedua-dua tangan dan bawa ia ke bawah supaya siku anda terletak pada sebelah badan seperti

gambar di atas. Seterusnya, naikkan semula tangan anda supaya lurus ke atas dan ulang ke bawah. Gerakan ini akan menggunakan kekuatan di bahagian trisep anda.

Oleh Kevin Zahri



 
Chatroom