Home » » Tips suai padan beg bercorak

Tips suai padan beg bercorak

Beg tangan wanita bagaikan satu kelengkapan utama ketika bergaya ke mana saja. Dipakai sedondon tampil lebih menarik terutama mereka yang mengambil berat soal penampilan diri ketika berada di khalayak ramai.


Bagi yang ingin bergaya selamat, beg tangan dan kasut warna hitam atau coklat menjadi pilihan. Warna sebegitu sesuai digayakan dengan apa saja warna busana.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kebanyakan jenama lebih gemar menghasilkan rekaan bercorak atau motif monogram bagi menonjolkan jenama masing-masing, sekali gus menjadikan beg bercorak trend terhangat ketika ini.

Selain jenama seperti Gucci, Coach dan Guess yang memang dikenali dengan beg bercorak yang memaparkan logonya, kini beberapa jenama lain turut ‘meminjam’ idea berkenaan.

Panduan suai padan beg bercorak:

# Pastikan busana polos jadi pilihan supaya penampilan tidak tampak sarat atau tidak kena gaya.

# Jika mengenakan blaus bercorak, pilih celana, skirt atau kain daripada kain polos.

# Corak yang mempunyai banyak warna terang tidak sesuai dibawa ke pejabat kerana anda akan tampak santai.

# Padankan warna baju dengan warna corak beg tangan.

# Beg tangan bercorak warna gelap atau biru sesuai digayakan ke pejabat.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom