Home » » Teknik penjagaan kulit guna ANEW 25+ 360 White Avon.

Teknik penjagaan kulit guna ANEW 25+ 360 White Avon.

Keadan kulit bergantung kepada sikap dan disiplin setiap individu menjaganya. Jika abai jaga atau rawat kulit wajah, ia tampak kurang sihat dan gebu.

Melakukan rawatan kerap di pusat kecantikan, bagaimanapun memerlukan belanja besar. Untuk menjimatkan perbelanjaan, kita sendiri boleh lakukan langkah penjagaan kecantikan itu di rumah.

Setiap produk mempunyai rangkaian lengkap untuk keperluan kulit seseorang. Jenama barangan kecantikan wanita terkemuka, Avon mempunyai rangkaian produk ANEW sebagai antipenuaan untuk keperluan kulit. Bagaikan melakukan spa di rumah, langkah demi langkah minggu ini mengajar anda teknik penjagaan kulit untuk menghilangkan kesan tompok dan kepudaran menggunakan ANEW 25+ 360 White Avon.



1. SEBELUM mencuci, buang semua solekan wajah dengan menggunakan pembersih susu, 3 in 1 Milky Cleanser Avon. Pembersih susu ini mempunyai tekstur ringan pembersih luaran kulit. Sapu pada wajah dengan lembut dan buang menggunakan kapas wajah.

2. BERSIHKAN wajah dengan menggunakan pencuci wajah Clarifying Cleanser. Tekstur jenis krim ini bertujuan membersihkan dari dalam tetapi akan membuatkan kulit menjadi tegang dan ketat selepas cucian berkenaan.

3. MENGEMBALIKAN kulit tegang selepas cucian, sapukan kulit dengan penyegar atau toner Activating Lotion. Penyegar ini mengembalikan kulit lebih segar dan normal serta bersedia untuk produk seterusnya.

4. UNTUK rawatan spa di rumah, pakai pupur wajah Transforming Mask dan tunggu selama setengah jam sebelum dibuang. Ia berfungsi untuk menegangkan dan menganjalkan kulit. Teknik ini bergantung kepada jenis produk dan keperluan kulit.

5. SAPUKAN Intensive Correcting Serum pada malam dan siang dengan lembut sehingga meresap ke dalam kulit. Ia sebagai asas kepada pencerahan dan mengurangkan kesan tompok hitam pada kulit.

6. BAHAGIAN lingkaran mata yang hitam perlu dibendung dengan menggunakan Eye Serum bagi mengurangkan kesan hitam bawah mata. Pakai secara perlahan dengan cara menitik dan menyapu dengan lembut.

7. SAPUKAN pelembap Protective Day Cream SPF 20 pada sebelah siang hari. Ia sebagai perlindungan dan pelembap kulit harian. Sementara malam hari, sapukan Vitalizing Night Cream sebelum tidur.

8. JIKA ke negara bercuaca panas terik, gunakan Ultra UV Shield SPF 50 sebagai perlindungan.



Affiliates

 
Chatroom