Home » » Tip Gaya Hidup Sihat: Masak Secara Sihat di Rumah

Tip Gaya Hidup Sihat: Masak Secara Sihat di Rumah

Masak di rumah lebih sihat

Makanan yang dimasak di rumah membolehkan anda mengawal makanan yang anda hidangkan untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Jadilah lebih kreatif apabila anda masak; gunakan bahanbahan alternatif atau cara memasak yang berlainan apabila menyediakan hidangan kegemaran anda. Dengan ini, anda masih boleh menikmati makanan yang lazat, tetapi dengan lebih berkhasiat dan sihat!

Gunakan bahan-bahan/perasa yang lebih sihat untuk menggantikan bahan-bahan yang mengandungi lemak, gula atau garam yang tinggi. Antaranya termasuk:

* Rempah (misalnya halba, kulit kayu manis, ketumbar, jintan);

* Herba (misalnya daun-daun selasih, pasli, pudina, sup, daun ketumbar dan serai);

* Susu rendah lemak;

* Puri buah-buahan atau jus buah-buahan segar sebagai pemanis semula jadi.

Tahukah anda...

* Setiap sudu besar minyak yang anda guna untuk menggoreng menambahkan lebih daripada 100 kalori!

* Apabila anda menggoreng ayam dengan kulit yang mengandungi lemak tidak tepu, anda akan menambahkan lebih lemak dalam masakan.

* Menggoreng untuk jangka masa yang lama akan mengubah kualiti minyak.

- minyak tersebut tidak lagi sesuai untuk diguna.

* Makanan berkanji, contohnya kentang goreng, kerepek kentang, dan makanan disalut tepung roti, apabila dimasak dengan minyak lebih daripada 160degreeCelsius, akan menghasilkan kandungan akrilamida yang signifikan - iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser (karsinogen).

Cara memasak boleh menentukan khasiat hidangan anda Cara memasak tertentu adalah lebih sihat daripada yang lain, dan juga menghasilkan rasa, tekstur dan penampilan makanan yang berbeza. Antara cara masakan lebih sihat ialah:

* Kukus

* Sup

* Rendidih

* Panggang

* Bakar

* Rebus

* Goreng ringkas

* Tumis

Sumber: Tip Gaya Hidup Sihat, Panduan Pemakanan Praktikal Untuk Keluarga, Bulan Pemakanan Malaysia, diterbitkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia



 
Chatroom