Keracunan makanan mampu memudaratkan kesihatan dan keselesaan badan, terutama jika mengambil makanan yang tercemar ataupun sudah basi. Apatah pula, kebanyakan penjual memasak hidangan sejak pagi lagi, sekali gus mungkin ada hidangan yang sudah tidak elok pada waktu petang.
Namun, agak sukar hendak mengenali makanan yang sudah tidak elok dan boleh memudaratkan kesihatan kerana ketika membeli kelihatan masih elok lagi.
Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof Dr Fatimah Arshad, berkata makanan yang sudah tercemar dan menjadi basi boleh dikenal pasti menerusi beberapa tanda iaitu warna, bau dan juga teksturnya yang sudah berubah.
“Mengenalpasti makanan basi menerusi warna ialah warna sesuatu makanan itu bertukar menjadi lebih ketara. Contohnya nasi putih yang sudah basi warnanya bertukar menjadi kekuningan, sementara roti basi berkulat dan mengeluarkan warna hitam.
“Menerusi bau yang kurang menyenangkan pada sesuatu makanan juga boleh dikenal pasti sebagai basi. Makanan basi mengeluarkan bau busuk dan masam serta tidak seperti bau asli makanan itu. Contohnya, susu cair menjadi likat malah mengeluarkan bau masam.
“Selain itu, tekstur makanan basi dapat dilihat perubahannya iaitu menjadi berair dan berlendir. Contohnya nasi, kari dan lauk pauk terutama yang berkuah menunjukkan kesan buih pada permukaan lauk serta mengeluarkan lendir,” katanya.
Dr Fatimah berkata, makanan basi walaupun dimasak atau dipanaskan boleh mengakibatkan kuman membiak dengan lebih banyak dan cepat. Baki makanan tidak boleh disimpan terutama jika sudah terdedah lama pada suhu panas atau suhu bilik.
Beliau berkata, proses makanan menjadi basi besar kemungkinan berpunca daripada bahan masakan yang sudah busuk, tidak segar dan sudah tercemar dengan bakteria atau kuman. Bakteria membiak dengan pesatnya pada dos yang mencukupi untuk membuat makan itu menjadi basi.
Penyimpanan makanan yang salah juga mengundang kepada makanan basi di mana makanan panas sepatutnya disimpan panas dan makanan sejuk disimpan di tempat sejuk di peti ais.
Dr Fatimah berkata, makanan yang mudah basi terdiri daripada makanan yang kaya dengan protein, lemak dan gula jika tidak di masak dengan sempurna selain tidak di simpan pada suhu yang sejuk.
Bagi mengelak daripada keracunan makanan seelok-eloknya memasak sendiri di rumah dengan menggunakan bahan makanan yang segar dan bersih. Tambahan pula, keracunan tidak akan berlaku jika tidak menyimpan dan memakan makanan yang lama.
Tanda keracunan makan akibat memakan makanan basi:
* Cirit-birit : mengeluarkan najis cair atau berair lebih tiga kali sehari.
* Sakit perut atau memulas.
* Menggigil.
* Demam.
* Muntah.
* Dehidrasi atau kehilangan air.
Punca makanan basi:
* Tercemar oleh kuman atau najis dan virus
* Disediakan di tempat kotor serta menggunakan alat yang kotor atau tercemar.
* Bahan asal makanan itu sudah pun busuk atau tidak segar seperti santan masam, cili kisar yang sudah tercemar oleh kuman atau tidak disimpan di tempat sejuk seperti peti ais.
* Terlalu lama disimpan pada suhu yang panas atau suhu bilik.
* Air yang tidak bersih
* Makanan yang kaya protein, lemak seperti daging, ayam , makanan laut yang tidak di masak dengan sempurna.
Panduan menyimpan makanan
* Makan yang diproses secara komersial seperti burger dan hot dog boleh disimpan di tempat beku dalam peti ais: tahan lama antara dua hingga tiga bulan.
* Lauk yang dimasak dan disimpan di bahagian bawah peti ais: bertahan selama dua hingga tiga hari
* Makanan baru yang dimasak segar dan sempurna serta dibekukan selepas sejuk di dalam tempat yang sesuai: bertahan selama antara dua hingga tiga minggu
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan