Kemakmuran ekonomi telah membawa kepada perubahan gaya hidup di kalangan masyarakat kita. Dulu kita mungkin biasa mendengar ungkapan ‘mati kerana tidak makan’ tapi sekarang ini nadanya bertukar ‘mati kerana terlebih makan’.
Terlalu mudah untuk mendapatkan makanan, membuat ramai daripada kita terleka dan kurang mengambil tahu tentang apa yang dimakan sehingga menjadi punca pelbagai penyakit.
Gejala kegemukan atau obesiti menjadi lumrah dalam masyarakat hari ini yang lazimnya mengundang penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis, kardiovaskular dan sebagainya.
Justeru, adalah penting untuk kita mengetahui jenis-jenis bahan yang digunakan untuk membuat, menyedia dan memasak makanan yang dimakan seharian.
Pilihan makanan yang betul akan memberi tahap fizikal dan mental yang seimbang dan sempurna, sekali gus menjauhkan diri daripada penyakit.
Selain konsep piramid makanan, pelbagai kaedah dan konsep diperkenalkan bagi memberi bimbingan dan panduan dalam pemilihan makanan yang betul.
Terbaru konsep Superfood, di mana penyediaan makanan mengambil kira elemen-elemen yang mampu meningkat tahap kesihatan seperti kaya dengan anti-oksida dan phytonutrien.
Konsep Superfood telah diperkenallan oleh Steven Pratt, yang juga pengasas Superfoods Partner LLC dan juga penulis buku popular SuperfoodRx: The 14 Superfoods That Will Change Your Life .
Begitupun, konsep tersebut bukan satu kaedah diet seperti diet tanpa karbohidrat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert Atkins melalui bukunya Dr.Atkins Diet Revolution, yang begitu popular di kalangan bintang-bintang Hollywood.
Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada label makanan dengan logo Superfood untuk menunjukkan sesuatu makanan yang disediakan itu mengandungi sayuran, bijirin dan protein yang dapat memperbaiki kesihatan dan menambah jangka hayat.
Logo berkenaan juga mengiktiraf menu tersebut sebagai diperakui oleh doktor dan pakar pemakanan yang bernaung di bawah jenama SuperfoodRx.
Falsafah di sebalik konsep ini ialah membentuk sinergi makanan, kerana kajian secara saintifik telah menunjukkan sesetengah makanan bertindak balas antara satu dan lain.
Sinergi pemakanan telah menunjukkan, apabila bahan makanan tertentu digabung, ia akan menghasilkan makanan yang lebih berkhasiat berbanding jika ia dimakan sendirian.
Misalnya, avokado akan menambahkan penyerapan antioksida sayuran lain seperti sawi dan tomato, manakala menabur rempah ratus seperti serbuk lada hitam ke atas makanan dapat menambah kadar penyerapan nutrien daripada kekacang, beri, teh hijau dan brokoli.
Selain itu, untuk mengawal kadar gula di dalam darah campurkan serbuk kayu manis dan oat. Makan segenggam kekacang seperti walnut, gajus dan pistacio bersama makanan seharian dapat membantu membakar lemak.
Lain-lain makanan yang disenarai sebagai Superfood ialah madu lebah yang dirujuk sebagai pembekal tenaga untuk bakteria di dalam dadih, manakala beri biru, ikan salmon, avokado dan bayam adalah makanan otak kerana mereka membekalkan kepelbagaian kombinasi nutrien untuk mengoptimumkan kadar sinergi otak kita.
Sementara itu, Westin Hotels & Resorts Langkawi menjadi hotel pertama memperkenalkan konsep ini di Asia Tenggara selain 25 lagi hotel-hotel Westin di seluruh dunia.
Langkah hotel bertaraf lima bintang berkenaan adalah sinonim dengan trend amalan hidup sihat masa kini terutama di kalangan para pelancong dari luar negara.
Menurut Pengarah Bahagian Makanan dan Minuman Westin Langkawi, Adam Haywood, menu Superfood kini boleh didapati untuk pesanan makanan ke bilik dan akan diperkenalkan di semua rangkaian restoran di hotel tersebut seperti Restoran Taste, Restoran Tide, Kafe Breeze dan Bistro Splash.
Kebanyakan makanan berasa sedap dan mempunyai cita rasa tersendiri seperti ikan salmon yang diperap dengan teh hijau, piza hirisan tomato dan yang paling sedap granola oat yang dicampur dengan dadih dan strawberi.
Jadi dengan pengenalan kepada konsep Superfoods, anda bukan sahaja boleh makan makanan yang lazat dan enak seperti coklat dan salmon, tapi turut memperbaiki tahap kesihatan dan menambah anti-oksida di dalam badan.
Oleh RIDZUAN RAMLI
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan