Home » » Kardio dengan cross training

Kardio dengan cross training


Peralatan cross training adalah salah satu lagi mesin di pusat kecergasan di bawah kategori peralatan asas dan kardio. Sama seperti kebanyakan peralatan kardio lain, cross training selain berfungsi untuk memanaskan badan sewaktu bersenam di gim, ia juga peralatan yang baik untuk membakar lemak dan kalori dengan cepat.

Menggabungkan antara pergerakan berlari dan kayuhan basikal, latihan cross traing melibatkan banyak sendi termasuk di bahagian kaki dan tangan.

Bagaimanapun kurang tekanan pada sendi berbanding menggunakan treadmill, menyebabkan cross training sesuai untuk warga emas atau mereka yang ingin mengelakkan kecederaan.


* Berdiri tegak dan rileks. Jangan stres badan anda semasa memulakan pergerakan.

* Anda boleh memilih dua pergerakan iaitu kayuhan ke depan atau ke belakang.

* Sama seperti peralatan lain, cross training juga dibekalkan dengan monitor untuk menunjukkan bacaan prestasi senaman anda.

* Antara bacaan yang penting termasuklah kelajuan kayuhan dan tahap kayuhan (resistance).

* Untuk senaman cross training yang berkualiti pastikan kelajuan kayuhan antara 120 hingga 160 perwatt, manakala tahap kelajuan lima ke atas.

* Terdapat beberapa jenis peralatan cross training di gim - tempat letak tangan statik dan tempat letak tangan yang boleh digerakkan mengikut kayuhan.

* Memilih tempat letak tangan yang boleh digerakkan menambahkan lagi pembakaran lemak dan pergerakan otot serta sendi anda.

* Tetapi bagi yang sukar mencari keseragaman pergerakan kaki dan tangan sekali gus, mulakan latihan dengan tempat letak tangan statik terlebih dahulu.

* Sama seperti peralatan kardio lain - senaman untuk memanaskan badan ialah antara 10 hingga 15 minit, manakala untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan antara 45 hingga 60 minit.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom