Kalau ada sesetengah selebriti menggemari pembedahan plastik, lain pula ceritanya dengan pelakon jelita, Jennifer Aniston yang mengatakan 'tidak' terhadap pembedahan jenis itu.
Bekas bintang siri popular, Friends yang bakal menginjak usia 40 tahun pada 2009 mengakui, penyebab utama dia enggan melakukan pembedahan plastik adalah kerana takutkan pisau dan peralatan lain yang diguna semasa pembedahan.
Menurut Aniston, dia pernah melakukan pembedahan kecil sebelum ini di bahagian perut. Lalu, dia turut berpendapat cukuplah sekadar hanya menjalani pembedahan itu.
"Setiap hari, saya berupaya bernafas dengan baik dan tidur lena bak seorang bayi. Saya menganggap seluruh tubuh yang ada ini merupakan milik saya sendiri.
"Ia adalah kejadian mutlak dan bersifat semulajadi. Seluruh bahagian yang ada ini akan terus kekal dalam keadaan sama.
"Saya enggan kemanisan yang saya rasai selama ini hilang, lagipun saya cukup berpuas hati dengan kejadian Tuhan."
Dalam pada itu, Aniston juga membongkar petua dan rahsia dia kekal langsing dengan mengamalkan sesi yoga secara konsisten.
"Saya selalu buat yang terbaik untuk memastikan badan dan minda sentiasa bertenaga tanpa mengira waktu dan keadaan.
"Kalau boleh saya mahu dapat rawatan kelas pertama dan senantiasa dibelai manja. Saya begitu percaya tentang karma - cara individu itu menjaga lelaki kesayangan, begitulah juga kita harus menjaga dengan baik diri sendiri."
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan