Panduan memilih sampin untuk baju melayu
Raja Sehari pastinya menjadi tumpuan kepada para tetamu yang hadir. Lantaran itu, pemilihan sampan amat penting untuk menambah ketampanan anda. Kali ini Pesona Pengantin memberi panduan memilih sampin yang sesuai untuk anda.
Songket kain sampin yang selalu menjadi pilihan raja sehari untuk digayakan ketika majlis bernikah ataupun bersanding. Selain itu kain pelikat yang mempunyai songket tabur juga menjadi pilihan masa kini.
■ Pilih kain sampin yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain sampin mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain sampin juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Akhir sekali lengkapkan gayaan sut anda dengan aksesori kaflin.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan