Home » » Program nyahtoksin musim perayaan

Program nyahtoksin musim perayaan

Hari Raya menjelang tiba dan sebelum musim perayaan bermula, kita selalu ingin nampak terbaik daripada segi penampilan. Namun, tekanan kerja, pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup ala moden selalunya menyebabkan kita nampak letih dan rasa lesu. Sekiranya anda antara yang ramai yang sudah mencuba pelbagai cara (daripada mendapatkan tidur lebih daripada 8 jam kepada meminum kopi untuk menambahkan tahap tenaga anda), dan masih rasa letih dan lesu, maka sesi nyahtoksin badan mungkin adalah jawapan anda untuk menambahkan tahap tenaga anda dan menyediakan anda untuk suasana musim perayaan.

Mengapa nyahtoksin sebelum musim perayaan penting?

DETOKSIFIKASI atau nyahtoksin dapat menyingkirkan toksin daripada badan kita. Pengumpulan toksin yang berlebihan (daripada makan, minuman, persekitaran dan tekanan hidup) memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit. Apabila toksin-toksin ini dilupuskan, keseimbangan badan akan kembali dan seseorang itu akan nampak segar dan rasa lebih bertenaga sepanjang musim perayaan.

Bagaimana untuk memilih program nyahtoksin yang betul?

IA adalah amat penting untuk memilih program nyahtoksin yang boleh memberikan nyahtoksin yang lengkap dan bukan sekadar menyingkirkan toksin daripada kolon saja. Untuk memilih program nyahtoksin yang lengkap dan berkesan, carilah produk yang mengandungi 3 ramuan penting yang boleh memberikan pembersihan lengkap 3 dalam 1 untuk rejuvenasi badan:

* Herba-herba pembersih

HATI adalah organ detoksifikasi penting di dalam badan. Hati akan menukar dan meneutralisasikan toksin kepada bentuk yang tidak berbahaya untuk disingkirkan. Oleh itu, adalah penting untuk memilih produk nyahtoksin yang mengandungi herba-herba pembersih hati seperti ‘milk thistle’, ‘dandelion’ dan ‘grapeseed’ yang boleh menyokong fungsi detoksifikasi hati. Di samping itu, ia boleh mengelakkan pembentukan radikal bebas semasa proses nyahtoksin.

* Serat

KOMBINASI serat larut air dan serat tidak larut air boleh membersihkan sistem pencernaan dengan efektif. Serat tidak larut air bertindak seperti berus untuk menyingkirkan toksin dan residu makan yang lama termendap pada permukaan usus. Serat larut air pula akan menyerap air dan membentuk gel lalu menyingkirkan toksin daripada usus.

* Probiotik

SETELAH semua toksin disingkirkan, probiotik menolong untuk mengembalikan bakteria baik di dalam usus kita. Probiotik menolong menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik dan seterusnya mengurangkan toksin yang dibentuk. Dengan itu, kesihatan usus dapat dipelihara.

Program Nyahtoksin Lengkap 7-Hari Juvanex

UNTUK nyahtoksin yang mudah dan berkesan sebelum musim perayaan, cubalah Juvanex, program nyahtoksin lengkap untuk mengembalikan keseimbangan dan kesegaran badan. Juvanex dirumus khas dengan formula Total-CleanzeTM yang mengandungi bahan dan ramuan semula jadi terdiri daripada kedua-dua serat larut dan tidak larut, herba pembersih hati seperti ‘milk thistle’, ‘grapeseed’ dan ‘dandelion’ serta prebiotik dan probiotik.

Kini Juvanex boleh didapati dalam bentuk bungkusan kecil dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Anda hanya perlu mencampurkan 2 bungkusan kecil dengan air atau jus, dan mengambilnya hanya 2 kali sehari untuk 7 hari. Juvanex didapati dalam rasa lemon yang menyegarkan dan yang paling baik ialah anda tidak perlu untuk mengubah diet atau gaya hidup anda. Ia juga sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk.

Testimoni daripada pengguna Juvanex

SEBAGAI seorang pelakon, Intan Ladyana mempunyai gaya hidup yang sangat sibuk. Beliau selalu bekerja lebih daripada 16 jam sehari. “Saya senang rasa letih dan lesu oleh sebab masa kerja yang panjang. Di samping itu, saya juga jarang mempunyai pemakanan yang seimbang, terutama di lokasi penggambaran”, kata Intan.

Untuk rasa segar dan bertenaga sempena musim perayaan yang akan datang, Intan mencuba Program Nyahtoksin 7-Hari Juvanex.

“Saya telah mencari pelbagai produk untuk mengembalikan kesegaran badan, tetapi saya tidak begitu yakin sehingga saya telah diperkenalkan kepada Juvanex.

“Sebelum mengambil produk ini, saya selalu mempunyai persepsi bahawa saya akan mengalami ketidakselesaan jika mengambil produk nyahtoksin. Namun dengan Juvanex, saya langsung tidak mempunyai apa-apa ketidakselesaan,” katanya.

Selepas menyelesaikan program ini, Intan berkata, beliau rasa lebih cergas dan bertenaga dan yang paling baik rasa lebih sihat.

“Sekarang, saya boleh nampak dan kekal segar sepanjang musim perayaan yang akan datang,” kata Intan dengan senyuman manis.

Jadi apa yang ditunggu-tunggu lagi? Lawati farmasi terdekat dan dapat sekotak Juvanex untuk kekal segar, cergas dan bertenaga untuk musim perayaan yang akan datang.

Artikel ini dibawa khas oleh Juvanex. Untuk maklumat lanjut, panggil 03-5569 3660 atau 03-5569 4337, layari laman web www.myjuvanex.com, emel ask-juvanex@cambert.com.my atau rujuk kepada ahli farmasi anda.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom