RESEPI LAKSA NYONYA MELAKA
BAHAN A:
500gm mihun
35ml minyak masak
10 gm bawang putih
10gm halia muda
30gm bawang merah
2 batang serai
10gm lengkuas
8gm serbuk kunyit
20gm serbuk cili
50gm serbuk kari
10 kuntum daun kesum
BAHAN B:
200ml air
20gm pes asam jawa
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
HIASAN:
1 biji timun | dibuang kulit dan dihiris nipis
200gm isi ayam | dikukus dan dihiris
4 biji cili merah
Bunga Kantan secukupnya
Tauge secukupnya
Udang secukupnya
Kek ikan secukupnya | dicelur dan dihiris
4 biji telur rebus
Bawang goreng secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan A kecuali mihun sehingga wangi
2. Selepas itu masukkan air dan kacau rata sehingga 10 minit.
3. Masukkan santan, asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
4. Masukkan mihun ke dalam mangkuk bersama bahan hiasan.
5. Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
6 Komen:
SEDAPNYA.............NANTI SAYA CUBA=)=)=)=)
aik...lum cuba lagi dah kata sedap...konpius gwe....
ni yang dekat tv3 2 ka????
delicious.............
agak-agak kalau x pakai lengkuas sedap tak?
cantikkkkk,,, sedappp.....
Catat Ulasan