Home » » Tip Memilih Makanan Yang Betul

Tip Memilih Makanan Yang Betul

Tip Memilih Makanan Yang Betul

Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air juga bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik dalam badan.

Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Namun, jika diambil dalam jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.

Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia lemak tepu dan tinggi kolesterol.

Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien dengan baik.

Jangan kedekut untuk membeli sistem penapis air yang berkualiti. Air yang bersih boleh merangsang awet muda.

Anda penggemar kopi? Tahukah anda minuman seperti kopi atau apa saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan? Ia menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.

Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol dalam diet anda.

Cuba makanan berasaskan karbohidrat kompleks. Ia bukan saja mengekalkan aras gula dalam darah tapi turut memanjangkan hayat alteri anda.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom