Home » » Lirik Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Lirik Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud



9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya nak komen sikit, masa saya dengar lagu siti ni sambil nyanyi dgn lirik ni, saya ada terperasaan skit dalam lirik ni:------

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
(Tuhan), ampuni hamba-Mu

masa siti nyanyi bahagian tu coba korang dengar betul2 dgn teliti, pakai la earphone...dia sbut TUHAN tu bukan tuhan...tapi TUHAR....
ISK siti...maybe la bnda kecik cm tu tak perasaan dia dah terkucil....

Tanpa Nama berkata...

haa betol2.. aku perasan dah lama dah... mmg jelas sgt dia sebut TUHARR AMPUNI HAMBAMU..

takkan tak perasan.. agaknya dia rakam lagu tu sorang2 kot?? xde sape yg nk tegur?? ishh takkan lah gitu...

maklumlah.. nama besar.. setakat salah sikit camtu.. no problem pada dia kot... dia ingat xde pendengar yg akan kisah kot... hehee

Tanpa Nama berkata...

siti menyanyi dengan merdu sekali...i love you siti nurhaliza

Tanpa Nama berkata...

setakat salah sikit x kn x boleh kot...semua orang pernah buat silap.setakat salah sikit pun nak kecoh.eor ct all the best...i love you ct....

Tanpa Nama berkata...

haaa peminat mcm ni yg kita mahu... salah sikit pon takpe.. apa nk kecoh..
kalo siti tahu ada peminat camni.. msti dia terharu..
siti nyanyi lagu lompat si katak lompat pon peminat suka..

Tanpa Nama berkata...

kalau dah fanatik semua nampak elok,kalau dah benci semua nampak tak elok...

Tanpa Nama berkata...

Dah dengar... betul aje dia sebut Tuhan... ada bunyi dengung 'nnnn' tu kat ujung..entahle... telinga kita mana sama pun kan..

Tanpa Nama berkata...

maybe owg yg wat lirik tu tulis urup n mcm urup r..sebab tu siti nyanyi tersebut tuhar..kikikiii:P

Unknown berkata...

Tahajud Cinta | Tanyalah Ustazah
Oleh: Ustazah Nourul Iman Niamat

InsyaAllah Bermanfaat

Catat Ulasan

 
Chatroom