Peria Katak
Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan.
Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan Nusantara dan Kepulauan Caribbean.
Dikenali sebagai tanaman herba, namun, pokoknya juga boleh ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik kerana karakter tumbuhan yang menarik.
Ia mempunyai batang yang lembut, menjalar dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya dan biasanya ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga lima meter.
Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekelilingnya. Daunnya yang berwarna hijau itu mempunyai tiga hingga tujuh lekuk yang tumbuh berselang-seli di batangnya. Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning.
Buahnya pula mempunyai kulit yang menggerutu menyerupai badan katak puru. Mungkin itulah sebabnya ia dinamakan peria katak. Buah muda berwarna hijau dan apabila masak berwarna kekuningan atau jingga kemerahan. Bentuknya memanjang dengan berat di antara 300 hingga 600 gram sebiji. Rasanya pahit dan sering dimakan ketika masih segar, muda dan mentah.
Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimasak pelbagai masakan yang enak namun ia jarang dicampurkan dengan sayuran lain kerana rasa pahitnya yang kuat.
Rawat kencing manis
Namun, rasanya yang pahit itu boleh dikurangkan dengan merendam buah yang dipotong itu di dalam air garam dan dibilas sebelum dimakan atau dimasak.
Peria katak sering digunakan dalam masakan Cina seperti digoreng dengan daging dan juga digunakan untuk masakan sup. Rasanya yang pahit itu juga dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di serata dunia.
Ia dikatakan berpotensi untuk merawat jangkitan HIV manakala dalam perubatan Ayurveda India peria katak sering dianggap sebagai sejenis Insulin tumbuhan, oleh itu ia amat disyorkan untuk pesakit kencing manis.
Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi golongan miskin.
Teknik penjagaan
1.Siram air dua kali sehari pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya bahan tanamannya tidak kering untuk mengelakkan daun, bunga atau putik buahnya layu dan gugur secara tiba-tiba.
Siram bila perlu sahaja.
Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan untuk mengelakkannya cepat kering
2. Dedahkan kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
3.Gunakan baja organik seperti baja najis ayam atau kelawar iaitu yang terbaik untuk membajai pokok ini ketika membesar hingga berbunga dan berbuah. Baja kimia juga sesuai untuknya.
- Gunakan baja yang mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi atau berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan pokok yang sihat.
- Gunakan baja yang mengandungi kandungan fosfat (P) atau berwarna merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak manakala baja yang mengandungi kandungan kalium (K) yang tinggi atau berwarna biru pula adalah untuk buah yang banyak dan cantik.
4.Tegakkan kayu pancang untuk memudahkan pokok ini memanjat agar ia dapat tumbuh subur dan berbuah.
Kaedah pembiakan
- Pokok peria katak mudah dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh didapati dari buahnya yang telah masak ranum.
Kaedah penanamannya adalah seperti berikut:
- Semai dulu biji benih dalam medium tanaman untuk pokok berpasu ialah dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai). Gunakan juga medium tanaman ini untuk penanamannya.
- Apabila anak pokok telah tumbuh beberapa helai daun bolehlah dicabut. Berhatihati ketika mencabut dan pastikan terdapat medium tanaman yang masih melekat pada akarnya. Ini bagi memastikan agar anak pokok dapat terus hidup subur. Tanam sama ada dalam pasu atau di tanah untuknya tumbuh membesar.
Oleh Abubakr As-Siddiq