Home » » » Lisa Surihani Mahu Amalkan Diet Dukan

Lisa Surihani Mahu Amalkan Diet Dukan

Lisa Surihani berhasrat untuk mengamalkan sistem diet Dukan Diet seperti dipraktikkan kebanyakan wanita Perancis dan isteri kepada Putera William iaitu Kate Middleton.

Sejak mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4 kilogram daripada berat ideal, dia berasa terpanggil untuk mencuba sistem diet yang diasaskan doktor dari Perancis, Pierre Dukan itu yang menekankan kepada pengambilan protein.

"Saya sudah selidik dan melakukan pembacaan di Internet dan buku-buku kesihatan.

Lisa Surihani gambar
"Sistem diet Dukan ini bukan sahaja popular dan diamalkan di kalangan wanita-wanita Perancis, malah ia turut diamalkan Kate Middleton.

"Keberkesanan pelan itu menerusi kaedah pemakanan dan senaman yang sihat dan selamat membuatkan saya mahu mendalami sistem ini dan mencubanya," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini berkata, perubahan pada fizikalnya tiada kaitan dengan dakwaan kononnya dia sedang berbadan dua.

"Perubahan ini tiada kena-mengena dengan dakwaan kononnya saya sedang mengandung dan mahu merahsiakannya.

"Mungkin saya bahagia dengan kehidupan sekarang, sebab itu badan naik sikit.

"Jika mengandung pada masa depan, saya tak akan buka cerita dulu melainkan apabila tiba masa yang sesuai untuk berkongsi," kata Lisa.



 
Chatroom