Home » » Tanda-tanda terkena gangguan sihir / gangguan jin

Tanda-tanda terkena gangguan sihir / gangguan jin

Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:

Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
Selalu sakit kepala
Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung

Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)

Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah

Tanda-tanda sihir pengasih
Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
Kuat berkhayal tentang adegan seks
Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks

Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)
Cakap merapu
Fikiran bingung
Sentiasa resah gelisah
Tidak menjaga kebersihan diri
Gemar bersendirian
Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
Tidak ada kekuatan fizikal dan mental

Tanda-tanda sihir pendarahan

Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit.

Tanda-tanda santau
Pendarahan yang berpanjangan saperti haid
Sakit dibawah tulang kipas
Sakit dibawah punggung
Batuk yang berterusan
Bermimpi binatang yang menakutkan
Sesak nafas
Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
Daya ingatan berkurangan
Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka
Sukar tidur
Sering bermimpi perkara yang menakutkan
Ketawa dan menangis ketika tidur
Pening kepala
Malas dan lesu
Lenguh-lenguh sendi
Pemarah dan terlalu emosi

Adakalanya juga orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan

Pedoman dan renungan

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi  saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.

Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan "buatan orang",walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara, rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.

Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa.



Affiliates

 
Chatroom