Bagaimana mahu kuruskan badan tanpa ubat-ubatan.
Tiada sesiapa dalam dunia ini yang mahu kelihatan tidak menarik apatah dilihat sebagai gemuk dan tidak aktif. Justeru, kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan mendapat bentuk tubuh yang cantik.
Di sinilah punca pelbagai masalah bermula di mana keghairahan kita untuk kelihatan menarik menjadikan kita buta terhadap kesan-kesan negatif amalan kecantikan yang menggunakan ubat-ubatan.
Berbagai cara dilakukan untuk menguruskan badan.
Ada yang menggunakan pil pelangsing atau ubat-ubatan tertentu bagi merampingkan tubuh badan.
Sedarkah anda, untuk meguruskan badan sebenarnya tidak memerlukan ubatubatan yang belum tentu keberkesanannya. Berikut beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menguruskan badan.
Jangan suka berlapar
- Makanan memberikan tenaga.
Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan mengalami kejutan.
Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyababkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.
Banyakkan minum air kosong - Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolisme simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pastikan anda tidak akan makan dengan banyak.
Elakkan minuman berkarbobat - Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Jumlah pengambilan gula sebanyak ini tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Kurangkan garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Sarapan itu penting - Anda boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
Jangan gelojoh - Nikmatilah makanan dengan perlahanlahan dan jangan gopoh. Apabila makanan dikunyah secara perlahan-lahan,tubuh akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan.
Gigit makanan dengan cebisan lebih kecil sebelum menelan. Dengan cara ini makanan lebih mudah dihadam.
Kerapkan makan - Biar makanan yang kerap, tetapi dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, atau dua kali tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Limau dan oren juga membantu - Apabila makan di restoran atau di gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.
Pilih serat bukan Lemak - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral serat kandungan lemak yang rendah.
Anda apa yang anda fikirkan - Jangan menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.
Jika anda minum dengan banyak, kemudian menimbang berat badan, pasti berat badan akan meningkat. Ini menyebabkan anda berasa putus asa untuk berdiet.
Ambil makanan yang berempah - Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak.
Bijirin itu baik - Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Kesihatan lebih baik daripada kurus - Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan untuk kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah hasrat anda untuk memilih makanan yang boleh menyihatkan tubuh badan Bukan setakat fikir masakmasak - Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah dengan merebus, memanggang atau mengukus. Bagi sayursayuran, tumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari dari menggunakan lemak haiwan.
Piring juga memperdayakan - Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran terlebih dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya.
Jika ingin tambah makanan, hanya sayur-sayuran yang diambil.
Banyakkan berjalan - Biasakan berjalan-jalan sesudah makan.
Ini akan membantu dalam menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan, satu kalori akan digunakan.
Kurangkan Gula - Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. - Oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPK L); PKPK L@hotmail.com