Home » » Mitos berkaitan pemakanan sihat dan senaman

Mitos berkaitan pemakanan sihat dan senaman

Mitos berkaitan pemakanan sihat dan senaman

Terdapat banyak mitos mengenai pemakanan sihat dan aktiviti luar yang menjadikan kita keliru untuk memilih cara terbaik bagi menjalani hidup sihat.

Di bawah terdapat beberapa mitos yang sering dibangkitkan berkaitan pemakanan sihat dan senaman untuk kebaikan seisi keluarga.

Mitos 1: Makanan sihat terlalu mahal.

Ramai yang berfikir ini benar, namun sebenarnya ia boleh diatasi dengan mencari lebih banyak makanan sihat yang murah untuk membantu menjimatkan duit. Kita hanya perlu bijak memilih dengan cara membeli hasil tempatan dan mengikut musim.

Memasak daging cincang atau dipotong dadu dengan campuran sayuran seperti puri tomato atau alternatif lain dengan menukar bahan lebih murah seperti kekacang dan sayuran sejuk beku boleh mengurangkan kos.

Selain itu, masak dengan jumlah yang banyak seperti cili, kari atau rebusan yang boleh disimpan dalam saiz berbeza untuk dimakan pada waktu lain.

Ia sekali gus dapat mengurangkan masalah menikmati hidangan sihat untuk seisi keluarga.

Mitos 2: Saya tidak boleh makan sarapan yang dipanaskan.

Mengikut sarapan lengkap gaya Inggeris, jika kita cuba menggoreng semuanya makanan berlemak, ia memberi keburukan kepada kesihatan.

Namun sebenarnya bahan asas saja sudah mencukupi untuk menyediakan sarapan berkhasiat. Memanggang daging tanpa lemak atau merebus telur yang dinikmati bersama kacang, tomato dan cendawan panggang (bandingkan pilihan paling rendah gula dan garam) boleh menjadi pilihan sarapan yang enak dimakan dengan roti bijirin penuh.

Selain enak, ia lebih sihat dan seimbang untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga dan menyegarkan.

Mitos 3: Saya tidak perlu memberi buah-buahan atau sayur kepada anak yang tidak menyukainya.

Kita semua tahu kanak-kanak sangat cerewet apabila menyentuh aspek pemakanan mereka. Namun si kecil juga perlu mendapat nutrien secukupnya untuk membesar dengan sihat.

Bagi mengatasi masalah anak yang tidak gemar menikmati buah-buahan atau sayuran, cuba tawarkan mereka sajian baru secara kerap.

Jika menolak, tunggu beberapa hari kemudian cuba lagi dengan sajian sama bagi menarik perhatian mereka menikmatinya sehingga habis.

Bagi anak yang memang berkeras tidak mahu menikmati jenis buah atau sayur tertentu, kita boleh cuba untuk mempelbagaikan sajian tanpa meletakkan bahan kurang digemarinya ke dalam masakan.

Cuba campur sajian disediakan dengan makanan disukai seperti yogurt rendah lemak, nasi atau kentang putar. Selain itu, ibu juga boleh mengajak anak untuk membantu menyediakan hidangan bagi menggalakkan mereka menyukainya.

Jangan gemar berhujah dengan anak mengenai makanan kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.

Sebaliknya, fikirkan cara baru yang lebih kreatif untuk membuatkan mereka menggemari makanan berkhasiat.

Mitos 4: Buah-buahan kering di dalam tin atau sejuk beku tidak sihat berbanding sumber segar.

Kebanyakan kita mengetahui sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayur setiap hari adalah diet yang seimbang serta sihat.

Namun, ramai yang tidak tahu ia juga boleh terdiri daripada buah-buahan segar, sejuk beku atau di dalam tin, dikeringkan atau jus. Ia sama juga seperti sayuran yang perlu diambil. Berita baik bukan?

Mitos 5: Meninggalkan sarapan cara terbaik mengurangkan berat badan.


Sarapan penting diambil setiap hari kerana semasa tidur, perut tidak menerima sebarang makanan atau minuman dalam tempoh lapan jam.

Justeru, cara terbaik adalah dengan mengambil sarapan selepas bangun daripada tidur. Apabila meninggalkan sarapan, tubuh badan tidak dapat menyediakan keperluan semua vitamin dan mineral di permulaan hari.

Terlepas waktu sarapan akan membuatkan perut berasa sangat lapar menjelang tengah hari. Ia mengakibatkan pengambilan snek yang tinggi gula atau lemak bagi mengurangkan rasa lapar sebelum menikmati hidangan tengah hari.

Mitos 6: Garam dalam sajian.

Kita beranggapan kandungan garam yang diambil adalah berdasarkan jumlah yang diletakkan di dalam hidangan ketika memasaknya.

Namun sebenarnya 75 peratus daripada garam di dalam hidangan adalah daripada makanan yang diproses dan hanya 10 hingga 15 peratus garam dimasukkan sendiri ketika memasak.

Kira-kira 8.6 gram garam sehari diambil oleh sesiapa saja berusia 11 tahun ke atas berbanding dua gram bagi kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun.

Mitos 7: Makanan diproses tidak begitu sihat seperti makanan segar.

Di dalam beberapa kes, ia dianggap betul namun banyak jenis makanan yang diproses juga sihat dan kadangkala ia lebih menyihatkan.

Semuanya bergantung kepada cara pemprosesan makanan itu sebelum ia dipasarkan dan dijual kepada pengguna. Misalnya, buah-buahan dan sayuran beku biasanya diproses dalam tempoh beberapa jam selepas ia dipetik kerana sesetengah nutrien masih kekal walaupun sudah menjalani proses sejuk beku.

Ia lebih murah, menjadikannya antara pilihan terbaik untuk membantu kita menjalani gaya hidup sihat.


~ Metro





 
Chatroom