Bukan penghinaan, sebaliknya satu pengiktirafan. Ini cerita orang bertubuh besar atau bersaiz besar. Dalam bahasa lain orang berbadan gemuk. Bunyinya mungkin ramai yang kurang minat mahu mengetahui kerana lazimnya dalam kotak fikiran sudah dapat membayangkan paras rupa dan personaliti mereka.
Ada pula yang menjauhkan diri dengan orang bertubuh gemuk terutama apabila melihat dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya tampak besar. Apatah lagi bagi wanita untuk menyandang gelaran ratu, pastinya jauh sekali kerana mereka selalu melihat hanya yang paling cantik, bertubuh lampai dan langsing saja selayaknya dinobatkan sebagai ratu cantik dalam pertandingan Miss World atau Miss Universe.
Jadi, bagi wanita gemuk ini tiada tempat gelaran ratu untuk mereka. Lantas ramai sering bermonolog sendirian. Kita tidak mengetahui apa sebenarnya yang bersarang di lubuk hati wanita bersaiz besar ini. Hanya golongan ini saja yang tahu.
Mungkin mereka fikir susahnya ingin mencari saiz baju, terlalu terhad untuk berfesyen, susah mendapatkan pasangan hidup atau pekerjaan. Lantas sebilangan mereka rasa rendah diri dan kurang yakin berada di khalayak ramai.
Malah, ramai golongan berkenaan juga berusaha menurunkan berat badan bagi mendapatkan saiz ideal dan sekali gus mengidamkan tubuh langsing. Namun bukan mudah juga untuk mendapatkan saiz menawan melainkan individu gigih dan mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menguruskan badan menerusi pelbagai cara seperti kerap mengunjungi pusat gimnasium, menyertai program pelangsingan atau mengambil produk langsing, membuang lemak atau liposuction di pusat rawatan kecantikan serta pelbagai lagi. Sesetengah sanggup mengikat perut atau mengambil ubatubatan hingga menjejaskan kesihatan sedangkan badan tidak susut juga.
Berfikiran positif
Namun, apa juga pandangan orang ramai dan gejolak hati golongan berbadan besar, mereka seharusnya berfikiran positif. Justeru bagi membangkitkan semangat dan menyuntik keyakinan tinggi, ada pihak menganjurkan pertandingan Ratu Jumbo bagi membariskan wanita bertubuh besar untuk dinobatkan sebagai ratu bagi kategori wanita gemuk.
Ratu Jumbo
Di Malaysia Ratu Jumbo dianjurkan sejak beberapa tahun lalu itu dianggap platform menggalakkan wanita bersaiz besar menghargai diri mereka. Tidak semestinya bertubuh gemuk tidak layak digelar ratu, sebaliknya penampilan mereka diukur berasaskan kriteria tertentu. Mereka juga mempunyai keistimewaan dan keunikan sama seperti Miss World atau Miss Universe dalam kelas tersendiri.
Malah, pertandingan ini juga bukan untuk menghina golongan ini atau ada pihak yang tersinggung mengapa dianjurkan pertandingan sebegini. Apa juga hujahnya, pertandingan Ratu Jumbo ini membuka peluang kepada wanita bertubuh gempal ini bergaya mempersembahkan diri mereka dengan sebaiknya.
Penganjur mahu mencari wanita bertubuh besar dan terbuka kepada mereka yang bujang atau berkahwin dengan berat badan minimum 80 kilogram (kg) untuk bergelar Ratu Jumbo. Mereka akan diadili berdasarkan personaliti individu, keyakinan, sokongan orang ramai, pakaian dan prestasi.
Ternyata pelbagai program diadakan sepanjang tempoh menyertai pertandingan itu. Dalam pertandingan Ratu Jumbo 2012, yang diadakan baru-baru ini, dapat dilihat peserta begitu teruja mengikut program berkenaan termasuk aktiviti grooming menjadi insan lebih berkeyakinan.
Bagi finalis mereka juga bukan calangcalang wanita, meskipun bertubuh gempal tetapi berwajah cantik dan manis. Pertandingan itu mampu menyingkap isi hati dan pandangan sebilangan masyarakat terhadap insan bertubuh gemuk.
Aishah Abu Asan, walaupun berat badan 127 kg, bukan penghalang bergelar juara Ratu Jumbo 2012, malah ibu tunggal beranak dua itu memiliki paras cantik, personaliti menarik sudah lali dengan pandangan masyarakat terhadap insan gemuk sepertinya.
Begitu juga pemenang kedua, Adeline Lee Sok Teng (86 kg), ketiga Yuhanis Nazira Ismail (88kg) dan barisan finalis lain mereka tetap unggul meskipun berhadapan dengan pelbagai kutukan, namun sudah mencipta kehebatan supaya orang tidak memandang rendah lagi.
Moralnya, mentaliti masyarakat sebilangannya masih jumud apabila ada bersikap diskriminasi. Contohnya, Adeline gagal mendapat pekerjaan di sebuah syarikat kerana fizikal tubuhnya.
Di Barat kepandaian dan kemahiran berdasarkan saiz badan serta kecantikan bukan ukuran nasib individu, malangnya di Asia masih menebal prinsip itu. Hakikatnya, tidak semua yang gemuk itu hodoh atau tidak tahu bekerja, sebaliknya mereka ini sama saja dengan bertubuh langsing, cuma bezanya adalah saiz saja.
Yang nyata, penganjuran Ratu Jumbo dilihat tidak siasia. Saban tahun diadakan menerima sambutan hangat daripada wanita dalam kategori itu. Mungkin mereka tidak mengharapkan hadiah tetapi sekadar pengiktirafan dan ingin membuktikan gemuk bukan pengakhir bersaing dengan wanita bertubuh langsing.
Serlah potensi diri
Jika di Thailand pula yang turut menganjurkan pertandingan dinamakan Miss Jumbo Queen bertujuan mencari ratu bertubuh besar serta hebat dari segi kecantikan, kecerdasan dan kebolehan mereka.
Pemenang dijadikan duta untuk membantu berkempen menyekat kepupusan gajah di Thailand. Dalam pencarian ratu ini mereka bukan sekadar harus bertubuh besar, tetapi besar yang mirip seperti gajah.
Wanita dengan berat badan minimum 88 kg iaitu dua kali ganda daripada berat kebanyakan wanita Thailand iaitu antara 49 hingga 50 kg, layak menyertainya.
Pertandingan dimulakan sejak 1997 adalah acara popular dan ratu dipilih akan menjadi duta bagi usaha mengawal kepupusan gajah yang mereka akan menjadi tokoh kesayangan masyarakat dan menghabiskan tempoh setahun menyandang gelaran itu dengan berkempen dan mengumpul dana untuk usaha berkenaan.
Oleh itu, bagi wanita gemuk janganlah bersedih, dan meletakkan diri dalam dilema. Mereka perlu bersemangat, optimis dan serlahkan potensi diri.
Kehebatan dan bakat seseorang juga bukan hanya bersandarkan kepada wajah atau bentuk fizikal tubuh, sebaliknya terletak kekuatan masing-masing. Ramai personaliti di dunia gemuk tapi hebat dalam bidang diceburi.
Oleh Jami'ah Shukri