Rahsia kecantikan Datuk Sheila Majid
Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid sentiasa awet muda bagai tak dimamah usia. Meniti angka 47 tahun, kejelitaan wajah dan ramping tubuhnya menyebabkan ramai wanita seangkatan usianya `angkat tangan'.
Dalam ramai wanita seusianya mengeluh tubuh badan mulai menggelebir, jelapang wajah mulia dihinggap jeragat, namun tidak kepada Sheila.
Jelas figura terkenal itu, setiap insan tidak boleh menolak `hukum' pertambahan usia, termasuk perubahan bentuk tubuh badan, lantaran melalui pelbagai proses termasuk fasa kehamilan dan kelahiran.
Mustahak bagi setiap individu, menghargai kecantikan diri dengan memelihara kulit dan kesihatan diri mengikut regim sempurna serta konsisten.
"Sejak remaja, saya tidak ada masalah kulit. Cuma baru-baru ini, jerawat mula tumbuh. Saya cepat mencari penawar memastikan masalah jerawat tidak berlarutan supaya tidak menjejaskan kecantikan kulit.
"Dari segi kesihatan, saya konsisten bersenam tiga kali seminggu selain mengikuti kelas pilate. Bagi saya wanita dan ibu adalah idola kepada anak. Kita perlu tunjukkan contoh terbaik kepada mereka dalam pelbagai segi termasuk menjaga kecantikan dan kesihatan," katanya.
Ibu kepada empat anak berusia antara 5 hingga 21 tahun, percaya dua elemen itu hanya boleh dimiliki menerusi usaha bukannya jalan pintas menggunakan pisau atau jarum suntikan.
Amalan makanan seimbang seperti Vitamin C, minyak ikan dan Evening Primerose sebagai pembekal nutrisi hariannya.
Rancak promosi Jerneh Bersama suaminya, Acis, Sheila membangunkan `Akarkarya' iaitu syarikat berkaitan hal hiburan.
Beroperasi di rumah sendiri membolehkan mereka sekeluarga berhubung langsung antara satu sama lain.
Memiliki spa, Jentayu, beliau turut ada rangkaian penjagaan wajah, Jerneh, yang menambahkan lagi kepadatan jadual hariannya.
Bercerita mengenai Jerneh, rasa gembira jelas terpancar menerusi sinar matanya.
"Saya setia bersama rangkaian produk kecantikan, `Jerneh by Sheila Majid' sejak 2006. Ia diperkenalkan rakan kongsi. Bagaimanapun, ia hanya dikomersialkan pada 2009 selepas saya benar-benar yakin mengenai produk ini. Saya pengguna jenama ini, tentulah mahukan yang terbaik untuk diri dan pengguna lain," katanya.
Jenama itu boleh boleh dipesan menerusi internet, spa Jentayu dan rangkaian spa Tanamera.
JERNEH
* Dihasilkan menerusi rumusan tumbuh-tumbuhan.
* Ada dalam rangkaian produk ini ialah anti penuaan dan pencerahan.
* Laman web : www.jernehbysheilamajid.com Panduan jaga kecantikan
* Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
* Bersenam untuk kekalkan stamina.
* Makan makanan seimbang dan jangan berlebih-lebihan.
* Bersihkan wajah sebelum tidur.
* Kenali jenis kulit dengan memilih produk sesuai.
* Jangan terikut orang dari segi penggunaan produk.