Home » » Spirulina pelengkap pelan pengawalan berat badan

Spirulina pelengkap pelan pengawalan berat badan

Kemeriahan perayaan yang bermula Aidilfitri lalu berterusan dengan sambutan Deepavali dan sambutan perayaan sedemikian lazimnya tidak lengkap sekiranya tiada hidangan kuih-muih, lauk-pauk beraneka jenis merangkumi hidangan tradisional serta moden yang sangat lazat menyebabkan kita mungkin sukar untuk menolaknya.

Justeru, berat badan anda mungkin mengalami pertambahan kerana selera makan yang agak mendadak oleh makanan yang diambil sepanjang musim perayaan itu. Wajar diingat, konsep untuk menikmati sepuasnya hidangan pada hari perayaan sebenarnya bukan saja berupaya mengubah saiz badan anda, tetapi mungkin juga mendekatkan anda dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol yang tinggi dan penyakit berkaitan kardiovaskular.

Bagi mereka yang mempunyai kesedaran awal mengenai masalah ini, pasti tercetus azam untuk mengawal berat badan dan mengambil langkah bijak dengan memulakan program pengawalan badan.

Program pengurangan berat badan lazimnya dimulakan dengan proses penyah toksid. Proses penyah toksid memastikan segala toksin, air dan lemak berlebihan yang terkumpul dalam badan khususnya di sepanjang saluran usus perut dan hati dapat dikeluarkan. Ini satu langkah penyediaan agar tindakan berikutnya memberi hasil lebih berkesan.

Hakikatnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan obesiti seperti ketidakseimbangan hormon, kadar metabolisma yang rendah dan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan. Ketiga sebab ini memungkinkan anda mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan walaupun menjalani program senaman rutin disarankan.

Hormon adalah aspek yang agak susah dikawal. Dari segi nutrisi, asid gama linolenik (GLA) adalah asid lemak diperlukan dan dikaitkan dengan pengawal aturan tahap hormon dalam badan. GLA dipercayai dapat meningkatkan tahap serotonin yang turut memberi kesan kepada selera makan.

Walaupun dalam tubuh yang sihat, GLA boleh dihasilkan daripada asid linolik (LA), pengambilan GLA dari sumber makanan dapat membantu proses penukaran ini lalu meringankan kerja badan. Tambahan pula, gaya hidup yang kurang sihat turut menjejaskan kebolehan badan menghasilkan GLA.

Justeru, pengambilan spirulina dengan GLA yang tinggi bermanfaat kerana ia dapat mengurangkan lemak badan dengan meningkatkan metabolisma tisu adipose brown (BAT). Keadaan ini membolehkan penyingkiran lemak badan dengan lebih cepat.

Spirulina juga terkenal dengan kandungan nutriennya yang tinggi. Bagi mereka yang sedang menjalani program pengurusan berat badan, mereka lebih cenderung berasa letih dan kelesuan akibat pengambilan makanan yang terhad. Spirulina dianggarkan mengandungi antara 60 hingga 70 peratus protein tentunya memberi kelebihan untuk diambil semasa menjalani program pengurusan badan, di mana ia akan membantu membekalkan tenaga.

Lemak berlebihan dalam tubuh disimpan dalam hati kita dan hanya digunakan apabila badan memerlukannya. Lama-kelamaan, organ hati kita akan menanggung beban tambahan. Gabungan pigmen semula jadi spirulina seperti klorofil (hijau), fikosianin (biru) dan karotenoid (jingga) bukan saja menyumbangkan warna hijau gelap pada spirulina, tetapi juga membersih dan merangsang penyah toksid lebih berkesan yang sesuai semasa berdiet.

Penyah toksin penting terutama bagi mereka yang kerap mengambil makanan berlemak tinggi, ubat-ubatan dan sering terdedah kepada pencemaran serta mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Ini secara langsung dapat meringankan beban hati yang berfungsi menjalankan nyah toksin.

Rancang pemakanan agar anda tidak mengambil kalori melebihi keperluan badan. Program senaman berterusan dan pemakanan yang terancang, memperoleh berat badan normal sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Pengambilan spirulina organik mungkin dapat memudahkan anda dalam usaha menjayakan misi pengawalan berat badan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keperluan nutrien yang diperlukan badan untuk membolehkan badan berfungsi secara normal. Keunikan yang dimiliki spirulina membolehkan pengambilannya dicadangkan untuk melengkapkan rejimen pengawalan berat badan anda.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE ( Isnin - Jumaat: 9 pagi hingga 6 petang ) di talian 03-78436981 ( Semenanjung Malaysia ), 082-241820 ( Sarawak ) dan 088-230148 ( Sabah ) atau emel kami di : health@biolife.com.my



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom