Home » » Gua Kelam

Gua Kelam

Jika anda inginmelancong di negeri Perlis, rasanya tidak sah tanpa berkunjung ke Gua Kelam yang menyimpan seribu satu khazanah dan merupakan destinasi yang tidak asing bagi pelancong dalam dan luar negara.

Gua Kelam diberi nama sempena kegelapan gua itu dan terkenal sebagai penemuan perlombongan bijih timah di dalam gua dan tempat kedua selepas Brazil. Ia terletak kira-kira 33km ke utara Kangar dan sangat popular kerana laluan guanya dan menjadi salah satu gua yang paling menarik di Malaysia.

Ia berukuran 370 meter panjang dan berhampiran kira-kira 500 meter dari pekan kecil Kaki Bukit.

Keistimewaan Gua Kelam

Untuk menikmati keindahan di dalam gua ini, anda akan berjalan menerusi gua ini menggunakan laluan kayu yang diterangi cahaya lampu. Sambil berjalan, anda akan mendengar bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah, bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom