Home » » Segar pada bulan Ramadan

Segar pada bulan Ramadan

1. Bibir Anti Kering
Ambil berat penjagaan bibir. Jangan sampai bibir kering dan pecah-pecah walaupun sedang berpuasa.

2. Mengapa ketika berpuasa bibir mudah menjadi kering?
Kamu kurang minum, maka bibir adalah anggota tubuh yang pertama menunjukkan kamu kekurangan air. Bibir tidak mempunyai kelenjar minyak, bibir juga tidak dilindungi lapisan pelindung. Sebab itulah bibir mudah kering pada bulan puasa.

3. Adakah bibir yang kering akan hilang jika dibasahi dengan air liur?
Tidak! Menjilat bibir bukan melembapkan lagi bibir malah akan membuatkan bibir menjadi semakin kering.

4. Apakah bezanya lip balm dan lip gloss?
Sebenarnya kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, iaitu melembapkan bibir. Tetapi lip gloss lebih bersifat kosmetik kerana memberikan lebih kesan berkilau kepada bibir. Manakala lip balm lebih berfungsi untuk melembapkan bibir yang pecah-pecah.

5. Sepanjang berpuasa, bolehkah kamu memakai lip balm atau lip gloss yang mempunyai rasa buah-buahan?
Sebenarnya pewarna tersebut bukanlah bertujuan untuk kita menjilat bibir merasai rasa buah-buahan tersebut. Tapi ia sekadar memberi bau yang menyenangkan. Jadi, kalau kamu takut akan merasainya, guna saja lip balm atau lip gloss yang natural tanpa rasa. Mudahkan!

Kulit kering kerana Dehidrasi
Ramadan sering dikaitkan dengan wajah yang lesu dan tidak bermaya. Disebabkan kurang minum pada bulan puasa, kulit mudah mengalami dehidrasi ringan yang menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam serta tidak bermaya.

Apakah tandanya kulit menjadi kering?

1. Kulit nampak kusam, seakan bersisik. Akibatnya kulit cepat berkedut dan mengelupas.
2. Kadang-kala kulit kelihatan kasar.
3. Selepas mencuci muka, kulit akan terasa tegang.
4. Kulit akan nampak berbelang atau warna kulit tidak sekata.

Apakah kulit berminyak juga boleh mengalami dehidrasi dan menjadi kering?

Kulit jenis berminyak juga boleh menjadi kering akibat kekurangan aktiviti kelenjar minyak di dalam kulit. Cuaca panas juga boleh menyebabkan kelembapan kulit hilang akibat kekurangan air.

Pelembab apakah yang paling sesuai untuk digunakan?

Biasanya pelembap berbentuk krim paling sesuai untuk kulit kering berbanding gel yang mengandungi alkohol dan losen. Pakai sekerap mungkin, tidak kira selepas mandi, ketika melakukan aktiviti atau beriadah.

Apakah tip untuk menjaga kulit sepanjang bulan puasa?

• Sekiranya kulit sensitif, pilih pelembap yang tidak mengandungi wangian, bauan.
• Jika wajah mula terasa kering, semburkan air di wajah agar kulit menjadi lembab sekaligus menjadi segar.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom